Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Bila 'jahat' jatuh ke tangan 'jahat'

Polis cuba tutup kematian Syed Azlan – SUARAM

 | November 3, 2015
NGO itu mendakwa kebarangkalian untuk melakukan penipuan atau pemalsuan bukti adalah tinggi khususnya demi menjaga nama baik institusi polis.
suaram
PETALING JAYA : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendakwa polis cuba menutup kesilapan anggota mereka yang menyebabkan kematian Syed Mohamed Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2014 ketika dalam tahanan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia itu mendakwa, disebabkan polis mempunyai kuasa untuk menahan dan membuat siasatan kes kematian dalam tahanan, kebarangkalian untuk melakukan penipuan atau pemalsuan bukti adalah tinggi khususnya demi menjaga nama baik institusi polis.
Katanya, ia dapat dilihat menerusi kenyataan Ketua Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan pada 25 November 2014 bahawa beliau telah mengetahui bahawa mangsa  mati kerana dipukul polis.
“Mangsa  mati 3 November 2014, manakala kenyataan beliau (Hasnan) pada 25 November 2014, sepatutnya dalam tempoh tersebut beliau telahpun mengetahui bahawa si mati mati kerana dipukul pihak polis dan bukannya secara mengejut tetapi beliau tidak mahu mendedahkan perkara yang sebenar,” kata SUARAM menerusi kenyataan media.
Sehubungan itu, SUARAM menggesa agar polis membuat penambahbaikan seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC).
“Antara yang paling penting adalah jika berlaku kecederaan fizikal pada suspek semasa penangkapan berlaku, maka suspek perlulah dirujuk atau dihantar ke pegawai perubatan hospital kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan suspek tersebut,” katanya.
SUARAM akan menghantar memorandum di Bukit Aman pada Rabu untuk mendesak salah laku polis itu dibawa pada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
EAIC pada 30 Oktober lalu mengeluarkan hasil siasatan yang mendapati kematian Syed Azlan akibat trauma hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.
Siasatan EAIC  juga mendapati si mati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul ketika ditahan dan disoal siasat oleh anggota polis.
Syed Azlan ditahan pada 3 November 2014 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.
Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

3 comments:

  1. Malaysia adalah sebuah negara cowboy berdasarkan beberapa kejadian yang melibatkan polis. Dulu di Memali, pasukan polis berlatih menembak Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya. Ada yang pernah membunuh kekasih (Salbiah namanya jika tak silap) di Pulau Pinang diawal 80an. Ada yang membunuh kekasih kemudian diletakkan dalam kotak. Polis juga yang bunuh penyanyi spoon. Ada yang meletupkan gadis Mongolia. Yang bunuh A Kugan pun polis juga. Malah budak terlalu mentah Arminurasyid itu pun, polis juga yang membunuhnya. Polis bunuh polis pun ada berlaku. Jika hendak disenaraikan, ada banyak lagi. Terima gaji dan dinaikkan pangkat beri keluarga makan, dah tu kelaku anak jadi iblislah.

    ReplyDelete
  2. Huiii tak komen diaorang tu, nanti kita pulak kedalam, makan tanah, adusss

    ReplyDelete
  3. Polis dah mendera tahanan,bila tahanan mati, dikatanya tahanan bunuh diri lah,sakit jantung lah.Pihak hospital terlibat sama memalsukan sijil kematian. Ini adalah kes BENAR,REALITY yang berlaku di M'sia ini.Kalau orang awam membunuh dihukum manakala polis membunuh tiada tindakan diambil.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa