Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 5, 2015

KIsah Pak Sayuti bertemu Anwar

Berjumpa Anwar, susut tetapi sihat
RAKAMAN RASA
Terus berjuang...
Lama tidak merakam gambar bapa reformis Malaysia Anwar Ibrahim. Pagi tadi di kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika hadir untuk mengikuti perbicarannya (mediasi) kes saman yang dikemukakan ke atas Utusan Malaysia dan TV3, saya sempat merakam beberapa aksi Anwar ketika dibawa keluar dari ruang mahkamah untuk dibawa kembali semula ke penjara.

Beliau dibawa keluar dengan diiringi oleh sepasukan pengawal penjara. Kelihatan lebih 10 orang pengawal penjara yang beruniform mengelilingi Anwar. Setiap langkah dan percakapan Anwar diawasi dan pergerakan Anwar dibenteng agar tidak ada sesiapa bersalaman dengannya.

Anwar juga sepanjang berada di dalam bilik khas di mahkamah tidak dibenar berjumpa dengan sesiapa kecuali para peguamnya, isteri, anak-anak, cucu serta keluarga terdekatnya.

Bagaimana pun semasa di dalam mahkamah ketika Anwar dibawa keluar dari bilik khas, orang ramai terdiri daripada kaum kerabatnya, sahabat handai dan penyokongnya sempat bersalaman dan bertukar-tukar senyuman.

Saat ini para penyokongnya melepaskan kerinduan dengan memerhati dari atas gelari awam. Ada penyokong perempuan setengah abad yang tertengok oleh saya mengesat birai mata dengan sapu tangan sebaik melihat Anwar merenung ke arahnya.

Manakala ada juga yang sempat bersalaman dan mengenggam tangan Anwar, seakan berikrar dan berbai'ah akan meneruskan perjuangan sampai berjaya.

Apa khabar, sihat?
Sepanduk menyatakan sokongan kepada Anwar.
Ketua Umum PKR itu kelihatan susut tetapi tetap ceria masih mampu melempaskan senyum perjuangannya seperti biasa. Pemenjaraan ke atasnya tidak sesekali memurungkan Anwar, sebaliknya kita yang memerhatinya berasa sebak dan pilu. Terdesah di lubuk hati saya; ah Najib kenapa kaum harus perlakukan Anwar begitu?

Dalam keadaan di kawal ketat Anwar masih sempat bertanya kawan-kawannya sambil mengangkat ibu jari dan melambai-lambai tangan. "Apa khabar sihat, dapat tak mesej," begitu kata Anwar kepada seseorang, sambil angkat ibu jari dan tersenyum puas. Lagak dan gelagat ini menunjukkan bahawa semangat dan jiwa juang Anwar tidak pernah mati. Sebab itu sekarang ini saya sedang siapkan buku khas buatnya ANWAR: PENJARA BUKAN PUSARA.

Selama kira-kira lebih tiga jam berada di mahkamah untuk urusan mediasi kes itu kemudian Anwar dibawa pulang semula ke penginapannya di Sungai Buloh. Para penyokongnya mengekori dari belakang dan mengintai sehingga Anwar dibawa naik ke atas kereta, seolah-olah mereka semua mahu ikut sama ke penjara.

Begitulah setiap kali Anwar dibawa keluar untuk menghadiri perbicaraan para penyokong setianya tidak pernah alpa untuk menjengok dan melihat Anwar.

Pagi tadi sekumpulan penyokong Anwar terdiri para Otai membawa sehelai sepanduk yang mendesak agar Kerajaan Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim. Sepanduk itu adalah cerminan dan hasrat rakyat negara ini yang menuntut bapak reformis itu dibebaskan dan berasakan pemenjaraan ke atasnya suatu kezaliman. [wm.kl.7:05 pm 05/11/15]

po

2 comments:

  1. Selayaknya Anwar diangkat sebagai pejuang yang membela demi kesejahteraan rakyat, dia berani...berani kerana benar dan cekal melawan segala kebobrokan pemerintah. Mungkin juga disebabkan namanya disebut-sebut dipilih menjadi PM jika PR menang PRU13 yang lalu, membuatkan seorang nelayang berserbang tu berasa iri hasad dengki, dulu, kini dan selamanya....Ehh dah macam UMNO la pulak!

    ReplyDelete
  2. Anwar Ibrahim saja anak Melayu tahu jadi Melayu sebenar nya

    Kalau tangkap Anwar pasal kes JOBOR , ada banyak Melayu balon jubor kat luar tu boleh muat semua jel kat negara ini


    Ini bukan pasal JUBOR

    Ini pasal Anwar Ibrahim sedar akan SEKSA KUBOR itu benar dan BILYON BILYON tak dapat bawak ke KUBOR jugak

    Mana ada sama Mat Bahalol dengan Anwar Ibrahim

    Anwar Ibrahim ini JENAMA BER JAYA TANPA RASUAH


    Hidup boleh Pau Pau Pau

    Mat Kampau ke ????????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa