Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 6, 2015

Lagi pintu dibuka buat PAS........

Rasanya PAS tak perlu lagi buat malu-malu kucing!

Adun Umno Kelantan ajak PAS bersatu
 | BORHAN AHMAD
Datuk Norzula Mat Diah
Para pemimpin PAS diajak bersatu dengan Umno untuk mempertahankan pemimpin Islam yang sedang teruk diserang oleh  DAP dan penyokongnya sekarang.
Ajakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Norzula Mat Diah ketika berucap membahaskan Belajawan Kelantan 2016 di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.
Menurut beliau, mereka perlu belajar dari pengalaman yang berlaku di Iraq dan Afghanistan apabila musuh Islam menghancurkan negara umat Islam itu apabila umat Islam tidak bersatu.
"Musuh Islam ini sedang menyerang pemimpin Islam di negara dan juga di Kelantan. Kita kena bersatu lawan mereka," kata Norzula yang dipercayai merujuk kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.
Sebelum Norzula, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia bekerjasama dengan Umno.
Beliau juga menyifatkan parti pecahan darinya, Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan adalah pengkhianat.

5 comments:

  1. bagus la
    amanat hadi awe dulu mcm mana?
    rasa2nya belum di tarik balik lagi...
    dah kena dah
    penyamun jual si penyangak

    ReplyDelete
  2. Pak2 lebai dlm PAS jadi lembu...
    Terkena jampi lebai hadi...
    Lembu walaun namanya..

    ReplyDelete
  3. Walaupun gegak gumpita bukit dan hutan
    Meskipun badai taufan melanda nelayang
    Kendatipun macai berpaling tadah
    Sekalipun Gua Musang tiada musang
    Hatta tsunami balak meruntuhkan jambatan
    Beriringan dengan UMNO mengilhamkan jawapan
    Namun tidak ku sudi bersama Pakatan Harapan
    Lebih ku rela menjadi anjing
    Sekadar menyalak entah apa yang ada di bukit
    Bersama UMNO boleh maju ke depan

    ReplyDelete
  4. boleh jika UMNO tukar dasar kepada ISLAM, bukan sekular pragmatis mcm sekarang.

    ReplyDelete
  5. Bila tak ada duit semua seksa nak hidup

    Kalau pak lahap lahi lah susah nak ikut Ajaran NABI SAW walau gaya lebih kepada zaman arab dulu kala

    Pasti nya ada MASYOOOKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

    Kan ada BILYON BILYON

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa