Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 2, 2015

Lucu ker bangang: Bila dah jadi 'anjing buruk kepala' baru sedar untuk kebaikan rakyat?

Amanat Hadi dah tarik dan mansuh ke belum?

Kerjasama Pas-BN untuk kebaikan rakyat
2 NOVEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Pas bersedia berbincang dengan BN bagi menjalin kerjasama dengan perikatan itu dalam aspek kebajikan rakyat, kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
   
Mengulangi pendirian kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan BN, beliau bagaimanapun menjelaskan kerjasama itu bukan untuk mencapai kepentingan politik.
   
"Kami (Pas) sentiasa menunggu jemputan daripada kerajaan sama secara rasmi atau tidak. Yang penting kerajaan panggil kami untuk berbincang. Kami mahu bagi sumbangan untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
   
Katanya, Pas terbuka untuk bertemu kerajaan serta bersedia menyumbang pelbagai idea bagi membela nasib rakyat di negara ini.
   
Ditanya kemungkinan kerjasama itu berniat meraih undi untuk pilihan raya umum akan datang, Nik Mohamad Abduh berkata: "Ini bukan langkah berunsur politik tetapi demi kebaikan untuk rakyat. Kami akan kekal sebagai pembangkang dan tiada niat untuk sertai BN."
   
Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.
   
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pembangkang bagi memantapkan agenda pembangunan serta kemajuan rakyat.
   
"Sebelum ini Pas sentiasa terpinggir kerana Pas dianggap sebagai musuh. Kalau kerajaan mahu berubah, mesti ambil pandangan pembangkang untuk bincang isu-isu berkaitan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu. - Bernama

6 comments:

  1. Ada MASYOOKKKKK!!!!!!!!!!!! semua nya baik baik belaka saja

    Nak pakai RANGE ROVER mesti ada Gaya Bilyon Bilyon bah...

    Rakyat BODOH kira biasa aja bah !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Poorrah!!! Untuk kebaikan rakyat? Jangan jadi penipu..rumah rakyat mangsa banjir di kuala krai dan lain2 bila nak buat? Nak banjir pulak pun tak siap2 lagi! YB makan gaji buta..

    ReplyDelete
  3. Abe

    PAS nak bersatu dgn UMNO atas dasar melayu Islam? PAS nak bekerjasama dgn BN? Ini hanya mimpi siang hari yang dijaja oleh saudagar-saudagar mimpi dari PAS dari HH sampailah kpd Nik Abduh. Sekadar untuk menutup kesilaoan dan keterlanjuran mereka apabila telah menyebabkan huruhara dalaman dan PAS sudah berpecsh dua. Nak tutup cerita senjata dah makan tuan di mata ahli PAS.

    Ambo copy paste komen ambo di beberapa fb untuk di kongsi bersama mengapa ini semua helah puak yg dianggap ulamak yg telah merosakkan PAS.

    .PAS bersatu dgn UMNO maknanya bersatu sesama Islam.?

    Ahli UMNO tu bukan melayu Islam je. Ada bumiputra bukan melayu bukan Islam tetapi kristian di Sabah ( 26 kerusi parlimen UMNO tu). Ada pati-pati dari filipina selatan dan pelbagai negara yang diberi ic. Kemudian ada juga ahli UMNO dari kaum siam yang berugama buddha kat Kedah.

    Kalau PAS bersatu dengan PAS hanya untuk menyatukan sesama melayu Islam, habih ahli UMNO yang kristian, buddha dll tu UMNO nak letak kemana? Tolong jawab mai....

    Kemudian kalau UMNO bersatu dgn PAS untuk menyatukan sesama melayu Islam, MAHU KE UMNO KEHILANGAN 26 KERUSI UMNO DARI SABAH?

    Lupa je idea PAS nak bersatu dgn UMNO. Bagitau HH dan geng, UMNO xakan bersatu semata-mata kerana nak menyatukan melqyu Islam tetapi kehilangan 26 kerusi UMNO di Sabah. Ini satu....

    Kedua, aku rasa Najib gila kalau mahu UMNO bersatu dengan PAS kerana UMNO dan BN m3nguasai kerajaan persekutuan dan 10 kerajaan negeri. Apa yang PAS hado? Kerajaan negeri Kelantan je.

    Kalau UMNO bersatu dgn PAS, rugi ler UMNO. Yang untungnya PAS. Paling minima kena lantik HH sebagai menteri p3nuh dan bagi beberapa jawatan timbalan menteri kpd PAS selain jawatan2 GLC. Mengapa perlu bagi begitu banyak kpd PAS kerana PAS hanya ada 1 kerajaan negeri sahaja.

    Itu belum lagi UMNO perlu membuka ruang kepada PAS sekurang2nya 1 kerusi exco 9 kerajaan negeri yang dikuasai UMNO ( kecuali Sarawak)

    Apa UMNO dapat? Jawatan TMB Kelantan dan beberapa kerusi Exco sahaja. Berbaloi ke UMNO bersatu macam ni.

    Tu pasai aku kata, tak payah nak bermimpi la PAS nak bersatu dgn UMNO kerana ia xmungkin terjadi. Xde keuntungan yang PAS boleh bagi kepada UMNO dengan bersatu dgn PAS. UMNO kerugian ade la.

    Jangan percayalah kata-kata saudagar mimpi dari kalangan pemimpin PAS yang memjual mimpi yang mereka lagi tau xakan berlaku..... 

    Apa yang saudagar mimpi dari kalangan pemimpin tertinggi PAS termasuk YB Pasi Mas hanya kemusnahan kepada PAS sahaja.......semua kerana dok bermimpi di siang hari....cuba tanya la HH atau YB mahu ke UMNO berkongsi kuasa dgn PAS yang hanya kontrol 1 negeri yang miskin dan bermasaalah sekarang? Dengar jawapan mereka, pikir, masuk akal ke tak. Atau jual mimpi disiang hari lagi.....

    ReplyDelete
  4. Lucu ker bangang: Bila dah jadi 'anjing buruk kepala' baru sedar untuk kebaikan rakyat?

    Satu mukadimah yang amat tepat! PAS sudah menjadi tidak relevan lagi dalam politik tanah air, setelah dirosakkan oleh walaun-walaun bingai.

    ReplyDelete
  5. Satu lagi statement bangang lagi tak berakal yg kuar dari mulut pimpinan PAS, from the mouth of ketua pemuda PAS no less! Kerjasama dua parti politik yang tidak bertujuan mencapai kepentingan politik? Bukankah statement tu bodoh sebab sudah semestinya UMNO jika mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS mesti berkeinginan untuk mendapat laba politik. itu adalah asas sebuah parti politik! Apa Nik Abduh ni ingat PAS ni Parti "tupperware" ke? Sedangkan pihak2 yang menganjurkan parti tupperware pun berhasrat untuk mendapat untung tapi PAS sebagai parti politik berfikir segala tindakannya adalah nonpolitical?

    kalau begitu elok aje PAS ditukar terus jadi NGO, nak masuk politik pun OK, nak masuk sebagai pelobi kerajaan pun OK, nak duduk berkecuali atas pagar pun OK, tiap2 bulan duit masuk, hati senang! Ni nak jadi "zombi", parti politik yang tak nak kepentingan politik! Then, buat apa wujudnya PAS ni? Saja2 untuk membolehkan pimpinan atas mendapat saraan hidup, elaun2 dan kemudahan2 yang ditanggung oleh ahli2 tanpa ada apa2 tujuan selain dari itu? Itu bukan parti politik, itu parti parasit dedalu duduk menumpang makan kenyang sampai buncit perut atas keringat ahli2 yang walak membuta tuli sebab percaya dengan walak tanpa ilmu dan akal akan menjamin syurga. PAS ni bukan aje dah bertukar jadi bas persiaran malah dah jadi parti skim piramid yang mana orang2 yang duduk atas mewah sementara yang duduk paling bawah makan pasir berlaukkan walak!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Kesian pulak tengok mamat ni. Iman tak boleh diwarisi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa