Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Apa dah jadi?

Mengapa suspek utama pembunuhan Ahmad Najadi tidak didakwa?

 | November 2, 2015
Lelaki berumur 55 tahun dipercayai dalang pembunuhan itu ditahan di KLIA kemudian dibebaskan tanpa pendakwaan.
Gobind-Singh_najadi_600
KUALA LUMPUR: Gobind Singh Deo mempersoalkan mengapa lelaki yang dipercayai suspek utama pembunuhan Pengasas Ambank, Hussein Ahmad Najadi, dibebaskan tanpa didakwa.
Ahli Parlimen DAP dari Puchong yang memetik laporan akhbar Kwong Wah Jit Poh berkata, suspek utama ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira dua minggu lalu tetapi Timbalan Pendakwa Raya tidak meneruskan pendakwaan.
“Apakah yang terjadi? Suspek utama ditahan kemudian dibebaskan. Tiada tindakan diambil. Bukan saya kata dia suspek utama tetapi polis,” katanya ketika membahas Bajet 2016.
Laporan akhbar itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek utama berumur 55 tahun itu ditahan sebaik tiba dari China.
Gobind adalah peguam kepada anak Ahmad Najadi, Pascal Najadi.
“Saya mahu bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri, bagaimana kita mahu memastikan rakyat mendapat keadilan sedangkan suspek utama ditahan kemudian dibebaskan begitu saja tanpa sebarang tindakan?, kata Gobind.
Ahmad Najadi ditembak pada siang hari di Jalan Ceylon pada 29 Julai 2013.
Dua lelaki didakwa melakukan membunuh dan menyediakan senjata untuk pembunuhan itu.
Pascal Najadi sebelum ini pernah mendakwa polis tahu dalang utama pembunuhan bapanya tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan

2 comments:

  1. Ini sudah tentu individu yang dikatakan suspek utama oleh polis itu, dilindungi daripada mengeluarkan sebarang kesaksian yang boleh makan tuannya. Jika dibicarakan di mahkamah, maka habis terlondeh cerita yang amat perlu disembunyikan. Jadi, pandai makan pandailah simpan, menurut kata seorang kawan bugisku.

    ReplyDelete
  2. msia ni nak jd 'lawless state' ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa