Husam Musa sama seperti DAP-Penerangan Pas
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu dituduh menanam kebencian di kalangan rakyat untuk menolak Pas
PETALING JAYA:Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dituduh memainkan peranan yang sama seperti DAP untuk menjatuhkan Pas
Pengarah Jabatan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Amzad Hashim, mendakwa selepas menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah), Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu, berterusan cuba memupuk kebencian di kalangan rakyat untuk menolak parti Islam itu
“Dia bertindak sama sahaja seperti PAN mensabotaj Pas, PAN bertindak sama sahaja seperti DAP mensabotaj PAS, Husam bertindak sama sahaja seperti DAP yang mendokong PAN,” katanya.
Dalam kenyataannya yang disiarkan ismaweb.net, Ahmad Amzad berkata pendirian Husam berubah selepas tewas pada Muktamar Agung Pas yang lalu.
Dia memberikan reaksi berkenaan susulan ceramah Husam yang mendedahkan kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Menurut Ahmad Amzad, selain pucuk pimpinan parti, Husam juga menyerang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang mengganti Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Masalah yang Husam bangkitkan itu berlaku sejak Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh Allahyarham adalah Husam sendiri.
“Saya tak tahu apa tujuan Husam, dia menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang UMNO bertepuk tangan, sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian masalah yang telah berlaku.
“Mulut berkata mahukan perjuangan rakyat, tapi tindakan mereka tidak matang dan tidak bertanggungjawab sehingga menjadikan politik satu sarkas yang mengheret rakyat dengan keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat,” katanya yang dipetik daripada portal itu.
Kita rkyat xresah cuma nak tau bila mat relek nak turun... Janji kalau hudud xdpt buat tahun ni maka dia nak turun... Bkn tu saja pas sekrg bukan mcm zaman nik aziz... Skrg pas yg ada perangai mereka mengalahkan amno.. Rakyat xdhiraukan...
ReplyDeleteyg pakai serban/kopiah dgn yg pakai songkok 2 x 5 baham pitih rakyat selagi ada.....dok berasa takut masuk kubur bekali...org songkok kalu perangai jahat xdok ler rasa pelik sgt tp bila org kopiah dan berserban buat jahat ni yg merosakkan Islam....habis punoh ranah Islam di mata org bukan Islam......
ReplyDeletetunjuk bukti yang konkrit.......jangan asyik bercakap sahaja menuduh serta menuding jari sana sini.......
ReplyDeletekau jilat la hadi tu sampai licin bro...
ReplyDeleteketahui la hadi tu manusia biasa yg penuh sifat riak dan bongkak
seorg manusia yg memutuskan byk ikatan perkahwinan melalui amanat songsangnya
memutuskan silaturrahim melalui sembahyang 2 imam
mengharamkan sembelihan org islam yg berlainan idealogi
manusia apa hadi ni bro...
apakah sama taraf dgn ayah pin?
jgn syirik bro...
au marah pun dia ni tak jalan ,kepalanya dah masuk air.tak bolih berfikir mana yang benar mana yangslah ,.dia memndang Hadi ni macam suci aje,jenis kalau ulamak minta dari di akan diberi tanpa bantahan .apa juga .tak baik nak cakaplah .
ReplyDeleteTak profesional langsung pengarah penerangan PAS. Lain yang dikomplin Husam lain yang dijawab. Tapi apa nak hairankan. Takkan presiden bengap nak ambik orang cerdik. Mestila ambik orang bengap juga. Baru selesa duduk sekandang!!
ReplyDelete