| BORHAN AHMAD
Dr Redzuan Othman
Kejayaan AKP Turki melaksanakan banyak perkara untuk kepentingan Islam membuktikan pentingnya untuk mendapat kuasa dahulu dalam politik sebelum membuat perubahan, kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.
Perubahan pula perlu dibuat secara bertahap dan mengikut kesesuaian semasa, kata pakar sejarah itu dalam forum Turki Baru dan Harapan Dunia Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, Bangi.
Katanya, di awal kekuasaannya, pemimpin AKP, Reccip Tayyib Erdogan pernah pergi ke kubur Kamal Attaturk dan bersumpah bahawa dia akan mengekalkan kerajaan sekular di Turki, atas dasar strategi.
"Ini kerana pengaruh sekular sudah terlalu menebal di Turki. Tiada pemimpin Islam di lain-lain negara sanggup mengambil pendekatan tersebut," kata Redzuan yang menulis buku 'Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki' itu.
Menurut Redzuan, tidak ada siapa sangka AKP boleh menang pilihanraya baru-baru ini sebanyak hampir 50%.
Kaji selidik yang dibuat sebelumnya menunjukkan paling banyak boleh menang ialah 44%, kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu.
Pilihan raya semula diadakan di Turki selepas pilihan raya Jun lalu gagal memberikan majoriti kepada mana-mana pihak dan sukar untuk menubuhkan kerajaan.
Menurut Redzuan, terlalu banyak yang dibuat oleh AKP untuk Islam dan ummahnya selepas berjaya memerintah Turki mulai 2002 hingga sekarang.
Pemakaian tudung kepala hanya dibenarkan sejak September 2013 di Turki kerana dasar sekular yang di amalkan oleh kerajaan Turki.
Sebelum itu, contohnya pemakaian tudung bagi mana-mana calon wanita dalam pilihanraya, ianya merupakan satu kesalahan besar dan partinya akan diharamkan.
Pada tahun 1928, tulisan jawi Uthmaniah mula diharamkan manakala pada tahun 2015 dibenarkan kembali penggunaannya malah ianya sebagai satu silibus yang diwajibkan di peringkat sekolah menengah.
Menurut Redzuan, catatan sejarah menunjukkan keluarga Tun Husein Onn adalah berasal dari Turki.
Sultan Abu Bakar Johor buat pertama kali melawat Istanbul pada tahun 1893.
Pada lawatan kali ke-2 pula, Turki memberikan wanita kepada Sultan untuk dijadikan isteri yang namanya Rogayyah Hanum.
"Daripada keturunan ini, hasil perkahwinan Rogayyah Hanum sebanyak 3 kali selepas kahwin cerai, lahirnya keturunan Ungku Abdul Aziz (bekas naib canselor Universiti Malaya), Profesor Syed Naqib Al-Attas dan bekas perdana menteri Tun Hussein Onn," kata Redzuan.
Ahli Ahli AKP orang orang nya juga Pemimpin adalah jenis BER FIKIR dan BER AKAL
ReplyDeleteJauh ber beda dengan PAS ke , UMNO ke....
Tak sama kualiti Otak
Tak semesti pergi Sekolah orang orang nya bijak
Banyak anak anak Melayu pergi Sekolah , juga sekolah Agama lalu banyak jadi BONJAN dan BOHSIA ber taburan anak anak MAGIK
Kalau PAS orang nya jenis BER AKAL sudah pasti akan mengikuti AKP
Tapi PAS orang nya jenis MEMINTA MINTA saja
Bilyon Bilyon kan ada....
Yang saya perhatikan, ramai penyokong totok PAS takleh gunakan akal utk berfikir secara ilmiah. Mereka ialah pak-pak turut kpd ostad-ostad yg mengajar disurau atau masjid.
ReplyDelete