Sabtu, 7 November 2015
Dakwaan tanpa bukti, bertaubatlah Husam... - Pemuda Pas
"Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak dapat dibuktikan," itu respons Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.
Terkini adalah dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan rancangan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.
"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.
"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.
Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti dakwaan Husam terhadap Pas.
"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.
"Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata," katanya.
Ketika menyentuh mengenai dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Khairil berkata, Pemuda Pas sudah dimaklumkan bahawa tiada kerjasama yang dijalankan oleh Pas Selangor dan pihak Umno.
"Pemuda tegas bahawa tiada sebarang hubungan dengan Umno Selangor," katanya.
Dalam pada itu, Khairil menyeru Husam agar bertaubat sekiranya tidak dapat membawa bukti disetiap dakwaannya.
"Berhati-hati apabila bercakap, jangan hanya membuat dakwaan. Kalau tidak bertaubatlah," katanya.

kae kawe royat doh
ReplyDeletepuok2 ni walak ko hadi awe tahap mereng doh
baik puok2 mu walak ko mok ayoh mu di ghumoh lagi baik
hangpa semua al putaq a'lam dahx leh pakai, spring kondem. Aku sokong Husam.
ReplyDeleteNi dah jadi sebijik umno..
ReplyDeleteSudahkah pemuda pas bertanyakan tuang presideng bab yg husam kata tu?
Ni dah jadi pelapor salah laku yg dituduh fitnah dan bakal diambil tindakkan,
Manakala yg dituduh itu diam tanpa penjelasan dan disoal oleh pihak pas
Inikah isle isle yg dicanangkan?
klu husam fitnah,pas boleh saman,court punya dalam boleh masuk,saman jgn tak saman
ReplyDeleteSamanlah kalu DHM buat fitnah ada berani?
ReplyDeleteKetua Lajnah Penafian PAS Pusat tak keluar kenyataan media lagi ke?
Bukti apa lagi kalu semua ahli jkkpp sessi lepas telah mendengar pengakuan tok garu hadi awe.....mung ingat rakyat bodoh supo mung?
Yg saya dengar tok guru tak akan pecat husam. Dia ķata biar husam pecat diri nya sendiri.???
ReplyDelete