Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 7, 2015

Agaknya nanti Hadi atau PAS yang akan kena lipat?

MB Terengganu cadang Hadi Awang penasihat kerajaan negeri
Fri, Nov 6th, 2015
KUALA LUMPUR: Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri.
Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara.
Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti.
“Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita.
“Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik,” beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu.
Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat.
Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat.
Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti.

27 comments:

  1. Ini yg dikatakan politik matang.. kita menentang perkara2 yg menyusahkan rakyat.. dan membantu pada perkara2 yg boleh membawa kpd kebaikan utk rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Rosli, ini bukan politik matang tapi politik magang. Kemut duit 2.6 biliyon tu adakah diantara perkara yg boleh membawa kebaikan utk rakyat?

      Delete
    2. Ye ke? Jilat jangan tak jilat... kih kih kih

      Delete
    3. matang tahik keput mung, hala ke dia buleh lake.

      Delete
  2. Antara nasihat yang boleh Hadi berikan ialah MB boleh bercuti berapa lama yang dia suka dan Hadi boleh ambil tugas kerana ada pengalaman. Nasihat kedua ialah kalau ada apa-apa kerja 'direct nego' jangan lupa pelawa kat keluarga dia. Nasihat ketiga ialah untuk menjimatkan wang PAS dan UMNO kena kekalkan status quo kerusi sekarang. Ertinya UMNO akan menang tanpa bertanding dikerusi sekarang dan PAS pun begitu juga. Jadi tak payah pasang bendera, tak payah bekal t shirt, nasi bungkus dan payung. Dalam pada itu kalau boleh sebagai punaisihat kenalah bagi sebuah lexus besar, sebuah pejabat dan kakitangan and...jangan lupa tentang gaji...kalau boleh RM100k sebulan. Mesti ingat yang ana ni orang nombor dua persatuan ulamak dunia!! Gembira, gembira!!!

    ReplyDelete
  3. Biawak tunggangan..nak tangkap geli,silap cekup kena cakar..

    ReplyDelete
  4. Baguslah lah kalau begitu nanti semua rakyat akan menyokong PAS ddibawah kepimpinan Hj.Hadi menadah tangan semoga PAS akan terlingkup semua termasuk yamg selama ini memuji kewibawaan ulamak tersohor itu.

    ReplyDelete
  5. aku teringatkan filem p.ramlee tiga abdul,kisah tuan penasihat hj misai kontot iaitu hj 25 persen,tuan hj penasihat hj 25 persen ni pembawak sial

    ReplyDelete
  6. Tuang Presideng dah panik! Sejarah akan mencatatkan parti PAS lingkup dibawah pimpinan Hadi anak Awang dan yang bermursyidullkan Harun anak Din. Kah kah kah... PADAN MUKA!

    ReplyDelete
  7. Hj Hadi nk jadi penasihat bab apa? Apakah keistimewaan dia?

    Yang jelas ialah, Hj Hadi ni amat hebat memberi gelaran kpd yang dis benci::
    Pil kuda
    Barua
    Pengkhianat
    Anjing salak babi
    Keta lompat pokok lain

    ReplyDelete
  8. Selam ni kita kurang tahu rupa2 nya Wan Rosli ini adalah seorang agen Umno yang meresap dalam Pas ,banyak kenyataan dia cukup untuk memcahkan Pas sam seperti Di Zuhdi.baru kita tahu siapa dia sebenarnya.kiata harap pengikut Pas berhati2 dengan sokongan yang dibuat olah Wan Rosli.aku dan shabat dalam Pas akan menyiasat dengan lebih deatil ,insyaaalh akan tak lama lagi terbongkarnya.

    ReplyDelete
  9. Inginkn kepastian dr pimpinan...betul ke dop Presiden Pas ada main kenyit mata nga Umno semasa berkakunya krisis mb s'gor thn lepas....
    Sila jwb YA @ TIDAK.
    X perly jwpn yg berbelit.
    Diharapkn presiden jwb sendiri.
    X perlu ore lain cbuk u mjwb.

    ReplyDelete
  10. Haiiii..tak sangka
    daripada asal lebai terlilit dikepala..kini lebai akan terlilit mengikat tengkok sendiri

    ReplyDelete
  11. Aku sokong TGHH dan benci dewata LKS.. aku juga TIDAK akan biarkan PAS bergabung dgn UMNO !...kalau setakat kerjasama utk kebaikan rakyat ok tak pe.. cuba tuan2 bayangkan nasib rakyat kelantan kalau PAS bekerjasama dgn DAP sdgkan rakyat kelantan amat dahagakan hudud.. sebab tu PAS putuskan hubungan dgn DAP.. tepat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap x kerjasama ngn pas pn blh gak siap kn rumah mgsa banjir..bg umah dlu kt mangsa banjir baru la pikir nk buat hudud

      Delete
  12. Wan Rosli yang terkenal dengan standard pemikiran kewanroslian itu adalah macai PAS klon DNA UMNO. Jika PAS menjadi punahsihat kepada UMNO, tentu lebih kenyang macai sekor nih. Sekarang inipun dia ditaja dengan hasil balak dan/atau wang tunggakan YIK barangkali. Sebab itulah dia bertungkus lumus memihak kepada PAS.

    ReplyDelete
  13. Kelantan yg di perintah PAS bermasaalah, suruh Hj.Hadi jadi penasihat pd negeri Kelantan dulu, kalau berjaya majukan Kelantan baru la boleh sibuk nak nasihat kat negara ko atau negeri...pandai Hj.Hadi wat lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengaku tok janggut yg brrasal kelantan tapi buta mata dan hati pd kemajuan kota bharu.. aku yakin kb lagi maju dari kt dan kuantan.. itu belum lagi dapat royalti..

      Delete
  14. Anwar jadi penasihat negeri PKR..Hj.Hadi..??

    ReplyDelete
  15. Kalau betui terror suruh jd Penasihat negeri Kelantan yg bermasaalah tu dulu...

    ReplyDelete
  16. Kelantan nk laksana hudud. Teruskan. Apa dok kait dgn dap. Paschai kuasa penoh dikelantan. Tunjuk kuasamu. Mcm bodo wan rosli. Haritu masa bentang hudud kenapa hj hadi gi jepun? Ponteng ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada kesah2 di zaman Rasulullah SAW, memang terbuktilah wujudnya hukuman hudud di zaman Baginda serta para Khalifah selepas Baginda. Cumanya samada hukuman hudud itu benar2 dilaksanakan, ataupun ditangguhkan jika belum memenuhi syarat2 sah utk dilaksanakan.

      Kesah di atas sebenarnya memang selari dgn kenyataan TGHH sebelum ini bhw perlaksanaan hukuman hudud x boleh dilakukan selagi x cukup syarat (spt yg disebut oleh beliau dlm salah satu video yg pernah menjadi viral).

      Masalahnya di negara kita, jgnkan nak dilaksanakan hudud, undang2 hudud itu sendiripun belum diwujudkan terutama di peringkat persekutuan. Spt yg kita sedia maklum di peringkat negeri kelantan dan terengganu, sudahpun termaktub undang2 hudud tersebut. Tapi utk boleh dilaksanakan, perlulah ianya terlebih dahulu selari dgn perlembagaan persekutuan. Utk mencapai matlamat perlaksanaannya, perlembagaan persekutuan perlu diubah melalui undian dua pertiga majoriti atau lebih di parlimen agar selari dgn undang2 jenayah syariah yg telah termaktub di peringkat negeri. Ini ramai yg sudah sedia maklum.

      Bagaimanapun, kita haruslah terima hakikat bhw inilah yg sdg diusahakn oleh PAS skrg iaitu ke arah mewujudkan hukuman hudud sepenuhnya di negeri yg rakyatnya mahukan hudud dilaksanakan terutama di negeri kelantan. Ianya dimulakan dgn penyediaan undang2 hudud secara beransur2 iaitu bermula dgn RUU kecil jenayah syariah di peringkat persekutuan sehinggalah akhirnya (marilah sama2 kita berdoa agar dipermudahkan jua) termaktublah hudud itu menjadi undang2 persekutuan yg sah. Bila dah termaktub nanti, barulah ianya selari dgn peringkat negeri, maka bolehlah pula dilaksanakan di peringkat negeri2 yg mahukan hudud. Di negeri yg x mahu hudud spt di pulau pinang sbg contoh, x perlulah bertindak apa2 selain memerhatikan shj.

      Mengenai perlaksanaan sebenarnya nanti, terpulanglah kpd kebijaksanaan pemerintah negeri samada cukup syarat2nya atau tidak.

      Sbg satu contoh mudah, jika kita nak ke suatu destinasi yg amat jauh, mana mungkin kita boleh sampai ke destinasi berkenaan jika tanpa wujudnya kenderaan. Tapi jika kita sudah ada kenderaan barulah boleh kita pandu ke mana2 shj samada terus ke destinasi atau kita boleh shj berhenti di tgh jalan, malah boleh shj kita berpatah balik.

      Pokoknya, bila kenderaan terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita arah mana pun kita nak tuju.

      Begitu juga spt perkara hudud yg dibincangkan di atas, jika kita nak menjatuhkan hukuman hudud kpd pesalah merompak, zina dan sebagainya, mana mungkin kita boleh laksanakan jika tanpa wujudnya undang2 hudud itu sendiri. Tapi jika kita sudah ada undang2 hudud, barulah boleh kita laksanakan hukuman ataupun sebaliknya bergantung pd syarat2 tertentu samada boleh utk dilaksanakan ataupun sebaliknya.

      Pokoknya, bila undang2 hudud terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita cara manapun kita nak laksanakan asalkan segala syarat sudah dipenuhi.

      Sekian.. Wallahua'lam ..

      Delete
    2. mustapha ali ada video seks..
      apa tindakan hadi awe?
      masih lantik mamat tu jd pengarah pilihanraya pas pusat.
      ko pasal mustapha ni penasihat hadi dalam pas? atau hadi dh ampunkan dosa mustapha ali ni?
      bersetubuh tu bro...

      Delete
  17. Fitnsh2 sebegini yg seiras UMNO lah yg membuatkn kami terus menyokong kepimpinan TGHH.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa