Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 4, 2015

Najib dan Melayu: Bagaimana Najib lembutkan PAS setelah memusuhi UMNO selama 50 tahun

Najib bijak atau Hadi yang nampak lubang?

Zaid: Kaji pengaruh Najib ke atas Melayu


Merujuk bagaimana PAS berubah sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan negara, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menggesa ahli akademik supaya membuat kajian.
"Mungkin universiti kita harus menjalankan kajian mengenai pengaruh Najib ke atas orang Melayu.
"Profesor dalam bidang kemanusiaan, budaya dan sosiologi akan melakukan dengan baik berhubung kajian bagaimana Najib mampu melakukan transformasi ke atas orang Melayu yang selama ini gagal dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini,” katanya.
Menulis di Facebook, Zaid berkata, Najib cemerlang dalam melakukan tranformasi berhubung personaliti orang Melayu.
"Ahli-ahli PAS satu ketika dahulu adalah masyarakat yang mudah.
"Mereka setia kepada parti di bawah (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi itu berubah apabila Najib menjadi perdana menteri dan Nik Aziz meninggal dunia.
"Ahli-ahli PAS berang dengan Umno selama 50 tahun kerana tidak membawa pemerintahan Islam tetapi Najib mampu membuat mereka menerima dan menyokong beliau tanpa sebarang perubahan di pihaknya, dan juga cara BN mentadbir negara ini," katanya.
Taksub
PAS, kata Zaid, yang tidak pernah mencipta rekod berhubung kejayaan pentadbiran mahu pengurusan ekonomi, kini cukup yakin untuk menawarkan Umno dan BN nasihat tentang bagaimana untuk mentadbir negara.
"PAS juga menjadi begitu taksub dengan Najib sehingga ahli-ahlinya kini menjadikan misi mereka untuk memastikan tidak ada yang menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
Secara tiba-tiba, kata Zaid, orang Melayu percaya bahawa mereka dari tempat yang jauh di luar negara sanggup memberikan wang derma berbilion-bilion dolar tanpa sebarang syarat.
"Sekarang mereka mempunyai pakaian seragam dan bas untuk menghantar mereka ke perhimpunan politik.
“Mereka tidak lagi mempunyai kenangan manis untuk pemimpin lama seperti Dr Mahathir Mohamad yang melakukan sebegitu banyak untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.
“Ataupun kepada Nik Aziz yang sentiasa mengingatkan supaya bersikap jujur dan integriti serta menerima gula dan kain batik yang ditawarkan tetapi tidak melepaskan pegangan politik mereka.
"Orang Melayu sudah melupakan zaman silam. Mereka kini menjadi Melayu 'glokal' seperti yang dikendaki Najib," katanya.
Zaid juga berkata bagaimana perhimpunan 60,000 orang di sebuah stadium di Kota Baru tidak akan menjadi kenyataan di bawah kepimpinan Nik Aziz.
"Ini akan menelan perbelanjaan yang besar dan Nik Aziz tidak akan membiarkan pembaziran seumpama itu.
"Kita juga tidak akan melihat deretan bas yang digunakan untuk mengangkut orang ramai ke stadium, penyokong biasanya berjalan kaki.
"Tetapi bukan sekarang - Muktamar PAS yang besar di Kota Bharu dua minggu lalu sangat berbeza Ia kelihatan lain dan mempunyai mempunyai gaya orang kaya baru," katanya.
Zaid seterusnya membidas orang Melayu yang menyokong Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menjaga nama baik dan imej bangsa.
"Sebaliknya, mereka hanya memalukan orang Melayu," katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa