Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 4, 2015

Dedah rahsia penyingkirannya: Cukup jantankah Gani?

Adakah penyakit yang dihidapi Gani itu juga adalah 'karma'?

Gani Patail mahu dedah rahsia penyingkirannya

 | November 4, 2015
Beliau tidak mahu mendedahkan rahsia itu sekarang kerana terus mahu menjadi tumpuan ramai.
ghani-patail
KUALA LUMPUR : Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji untuk mendedahkan rahsia yang menjadi punca beliau disingkirkan sebagai Peguam Negara pada waktu yang sesuai.
Beliau yang dikerumuni media sejurus selepas forum bertajuk “SOSMA – Musang Berbulu Ayam? pada malam Selasa berkata, sekiranya isu mengenai penyingkirannya itu didedahkan sekarang, beliau tidak lagi menjadi tumpuan pada masa akan datang.
“Saya akan menyatakan (mengenai penyingkiran sebagai Peguam Negara) pada masa akan datang. Tidak hari ini.
“Sekiranya saya mendedahkan sekarang, saya tidak akan menjadi tarikan anda pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu penyingkirannya sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba pada 27 Julai lalu.
Terdahulu, beliau menjadi salah seorang panel dalam forum yang membincangkan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Forum itu turut disertai Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru di Auditorium Raja Aziz Addruse di Bangunan Straits Trading di Kuala Lumpur.
Kemunculan Abdul Gani dalam forum itu merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal kononnya atas faktor kesihatan pada Julai lalu.
Pelbagai pihak membuat andaian penyingkirannya beliau berhubung rapat dengan siasatan Pasukan Petugas mengenai 1MDB.

2 comments:

  1. Tentulah bergantung pada HARGA NYA.....Bull shit dr mata lebam anwar ag..

    ReplyDelete
  2. X kn beraninya AG nk bersuara..rahsia AG trlalu byk dlm poket najib...dh kena dh sipenyamun dgn penyangak ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa