Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 4, 2015

Putrajaya berhabis untuk risik rakyat?

Putrajaya enggan jawab dakwaan beli teknologi untuk risik rakyat
OLEH MD IZWAN
Published: 4 November 2015 11:53 AM
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Putrajaya tidak menjawab sama ada sudah membeli satu alat teknologi daripada "Hacking Team" untuk merisik rakyat sendiri dengan mengatakan data peribadi dan kerahsiaan rakyat sentiasa terjaga.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.
"Di Malaysia, data peribadi dan kerahsiaan rakyat dilindungi supaya tidak disalahgunakan.
"Tindakan tegas akan diambil melalui undang-undang sedia ada bagi menjamin hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara," kata jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Salleh bagaimanapun memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau serangan siber.
"SKMM melalui Pusat Keselamatan Rangkaian atau SKMM Network Security Center (SNSC) juga bertindak memantau serangan siber.
"SNSC juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Majlis Keselamatan Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan GCERT dalam menjaga keselamatan siber negara. – 4 November, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa