TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS SIBUK BERPOLITIK, KEHENDAK PENGUNDI MUDA TERABAI
~ Maaf saya terpaksa sebut analoginya bergitu, kerana amat ketara tidak bermaklumat dan mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu lanjut kenapa Dato Husam tidak hadir di Sidang Dun pada 2 & 3 Nov 2015.
Andaikata Dewan Pemuda PAS Kelantan cerdik, beliau patut menyokong dan bersama Husam ke Mahkamah untuk perbicaraan Kes Saman RM230 JUTA syarikat Korea: Dae Hanguru Infra Sdn Bhd kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan dll, berkaitan projek LEBUHRAYA RAKYAT yang dibatalkan oleh Kerajaan Negeri dulu.
Kerana jika Husam membantu dalam kes ini, InsyaAllah kita boleh menjimatkan wang Kerajaan Negeri Kelantan, boleh dikatakan hampir separuh daripada Bajet Kelantan 2016 nanti.
Tapi sayangnya, jika inilah mentaliti Dewan Pemuda PAS Kelantan sekarang, bagi saya amat cetek sekali bacaan politiknya.
Haritu Ketua yang tidak faham maksud "Katanya", kali ini Timbalan Ketua yang tidak faham maksud arahan Mahkamah supaya Husam berada di Mahkamah. Saya lampiran salinan Surat Mahkamah kepada Husam, semoga membuka sedikit "kecerdikan".
Sepatutnya waktu Sidang DUN Kelantan ini, Dewan Pemuda Pemuda Pas Kelantan sepatutnya bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang isu:
1. Lebuhraya, kenapa Kerajaan Negeri sampai terpaksa berikan kepada Pusat, sedangkan ia menjadi Manifesto PAS pada PRU13 lalu.
2. Stadium Bukit Merbau, kenapa Pemuda PAS tidak memperjuangkan isu ini, majoriti semua tahu Anak Muda Kelantan amat fanatik bola dan Stadium sekarang akan lama dan wajar ditukar baru.
3. Isu Royalti, Pemuda PAS Kelantan sepatutnya sedar isu yang menjadi fenomena kebangkitan rakyat waktu PRU lalu menjadi indikator kepada sokongan pengundi Muda Kelantan menyokong PAS, tetapi Pemuda agak ketinggalan dalam isu ini.
4. Gejala Sosial dikalangan anak muda di Kelantan agak serius, apakah langkah yang dicadangkan dan diusahakn oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan untuk menyelesaikan isu ini? Jika hanya dengan reti "bercopong", ia tidak akan membawa kepada penyelesaian menyeluruh dan sepatutnya pemuda lebih kedepan isu ini.
5. Peluang pekerjaan untuk Anak Musa di Kelantan, adalah Sidang Dun Kelantan kali ini benar-benar mengambil kira faktor ini? Isu Lebuhraya, Stadium, Royalti jika diperjuangkan ia akan menjadi Tulang Belakang Ekonomi Baru Kelantan, seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada anak muda Kelantan pada masa depan.
Saya nasihatkan Dewan Pemuda Pas Kelantan menjadikan Agenda Pengundi Muda PAS yang menyokong PAS pada PRU13 lalu dijadikan keutamaan, bukannya terpengaruh dan bersama-sama dalam operasi "cas keting" Husam Musa di Kelantan.
Syam Ghaz
~ Tolong sampaikan sampai ke whatsap Timbalan Ketua Pemuda PAS, saya mahu lihat beliau bersuara tentang Agenda Pengundi Muda sebelum sidang Dun berakhir harini.
With market-linked GIC's, you can earn more interest if the stock game
ReplyDeletedoes nicely, but your energy production will be covered
either way. They always keep the door associated with finance opened up for you 24 / 7?
Thus, even low credit score holders can easily opt for
this specific finance.
my site - mapquest.com