Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 5, 2015

Tong San dan Benua Keling bermaksud 'sama', cuma dipisahkan perbezaan kulit ajer!

Kenyataan 'teruk daripada pondan', Azeez terlepas tindakan
Kow Gah Chie   - 

PARLIMEN l Seorang anggota parlimen BN terlepas daripada tindakan selepas kenyatannya yang menyifatkan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) lebih 'teruk daripada pondan'.
Ini kerana Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berpuas hati dengan penjelasan kenyataan seksis oleh oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) itu tidak dimaksudkan kepadanya.
Bagaimanapun Pandikar memutuskan bahawa label 'pondan' adalah perkara tidak berparlimen
Kenyataan seksis itu dibuat semalam oleh Abdul Azeez sewaktu Kasthuriraani mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016.
Ketua whip DAP Anthony Loke (DAP-Seremban) membuat aduan selepas Azeez melemparkan perkataan 'balik tong san' kepada ahli parlimen berbangsa Cina hari ini.
Istilah 'tong san' merujuk kepada tanah besar China.
Memetik Seksyen 36 (4) Peraturan Mesyuarat Parlimen, Loke berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana ahli parlimen untuk mengeluarkan kenyataan kurang ajar atau seksis di Dewan Rakyat.
"Dia tidak tarik balik kenyataan 'balik tong san'. Perkataan ini sangat sensitif kepada mana-mana masyarakat terutamanya masyarakat Cina di Malaysia," katanya.
"Dia juga memanggil Batu Kawan (Kasthuri) sebagai pondan. Kenyataan seksis itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Pengerusi Lembaga Tabung Haji. Ini tidak wajar," kata Loke.
Azeez, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, menarik balik 'balik tong san' yamg dibuatnya beliau tanpa syarat tetapi enggan berganjak dengan ejekan 'pondan'.
Katanya, kenyataan itu tidak dilemparkan secara langsung terhadap Kasthuri.

3 comments:

  1. Tak leh ke kata kalimuthu boleh balek india? Kalimuthu bermaksud umum, tidak di tuju pada sesiapa, sama ada bekerja kat tabung haji atau yg jual tosai.

    ReplyDelete
  2. sebelum kata org, cermin muka hang dulu azeeez

    ReplyDelete
  3. Mamat ni rasa yang keturunan dia ni asal kat semenanjung ke? mamat ni ingat datuk2 nenek dan moyang dia ni penduduk asal kat Kedah nu? Adakah dia merasakan bahawa disebabkan dia adalah ahli UMNO dan pembesar UMNO maka dia pun lebih melayu dari melayu2 yang bukan ahli UMNO? Adakah si dungu ni fikir bahawa hanya "melayu malam" macam dia layak duduk kat Mesia dan sesiapa yang tak sokong UMNO ataupun bukan melayu tak layak tinggal kat Mesia?

    Ni melayu bodoh mana yang kasi undi kat "melayu celup" ni, bikin malu melayu je bila korang lantik mamat ni jadi MP Baling atas dasar dia melayu UMNO! Kalau bijak macam Nazir ke, Ungku Aziz ke, boleh le maaf sikit tapi mamat ni periksa pun dak lulus! Apa kat Baling nun, mamat ni je lah yang paling melayu dan paling bijak?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa