Mujahid sedia ganti Rafizi
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 NOVEMBER 2015
GEORGETOWN - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sekiranya mereka menolak Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
Menurutnya, selain dirinya banyak lagi pemimpin Pakatan Harapan mahu pun Amanah sedia ‘berentap’ dengan Arul Kanda bagi merungkai persoalan mengenai skandal 1MDB.
Mujahid berkata, walaupun pelbagai alasan dan helah dilakukan untuk menggagalkan debat itu, namun rakyat boleh menilai apa yang cuba diselindungkan kerajaan dalam isu berkenaan.
“Kalau mereka menyekat Rafizi, saya dan wakil Amanah sedia menggantikannya, namun apa yang saya lihat sekarang mereka berusaha menghalang debat dengan pelbagai alasan,” katanya pada perhimpunan solidariti bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Mujahid berkata, Arul Kanda sepatutnya tidak mencari alasan untuk tidak berdebat dengan Rafizi kerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kih..3x...
ReplyDeleteAku nak suruh arul tanya mujahid.. layak ke kau nak pertikai isu 2.6 billion sdgkan kau yg ngaku islam tapi buat muka selamber je langgar sumpah baiah dan harta wakaf tanpa langsung rasa bersalah.. satu lagi kau ngaku islam tapi selamba jer tolak hudud kalau DAP tolak hudud..
Wan Rosli anda faham ke maana dan pengertian Al Qur'an ?
DeleteHudud hanya layak dilaksanakan dgn kefahaman total erti sebenar Al Qur'an !
Seluruh manusia muslim tidak punya Hak melaksana Hudud.
Al Qur'an telah merakamkan perintah Hudud yg bersumber dari Pemilik Alam Dunia dan Akhirat hanya kepada manusia Maasom yg disucikan oleh Allah Yang Maha sejak azali - Ia sedang ditunggu-tunggu kezuhuranya dgn janji Allah.
Muga kita semua perlu cermin diri sebelum berkata tentang Hudud.
Mana versi punya plk kefahaman islam nih.. adakah ini kefahaman islam ala DAP?.. kalau dah manusia tu maasom nak wat pe laksana hudud atas mereka..ini dah macam pertikai kewujudan hudud! patutla selamba jer ada parti tu tolak hudud kalau parti DAP tolak hudud..
DeleteMujurlah kami tendang awal2 masa muktamar bln jun puak2 yg berkefahaman islam ala DAP sebegini..
1MDB masalah duit rakyat,sumpah baiah tu masalah peribadi.
ReplyDeleteMasalah peribadi ape bendanya.. kerusi adun tu hak dia dan isterinya ke? Setahu aku itu bukan hak peribadi tapi hak PAS!!
DeleteSyabas Wan Rosli! Kamu telah membuktikan bahawa kamu itu setara dengan Hasan Malik versi PAS. Kipidap.
ReplyDeleteDah tak de hujah ke bro? Tolonglah jawab.. terang2 langgar sumpah baiah dan harta wakaf dan tolak hudud sesuai ke nak debat isu RM2.6 billion...? Ya atau tidak?
Delete