Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 2, 2015

Sikap Pemimpin Islam: Hutang berlambak dan rumah mangsa banjir terbengkalai tapi elaun ADUN dinaikkan

Wakil rakyat Kelantan dapat elaun RM8,000 sebulan


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan.
Menurut portal Berita Harian Online, keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.
Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.
"Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
"Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.
"Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing," katanya dipetik portal itu.

2 comments:

  1. 8,000 se bulan tuk tak buat kerja makan gaji buta saja

    Pandai jugak orang orang kelantan ini

    Selamat Sambut BALA lagi OK

    Tuhan tu maha Adil kan.

    ReplyDelete
  2. Apa...salahkah mereka mendapat kenaikan elaun tu? Dengan kenaikan elaun, bolehlah mereka membiayai macai-macai seperti Wan Rosli lebih mewah lagi. Tidak kesiankah pada macai yang bertungkus lumus, tapi tidak pula mendapat ganjaran?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa