Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 6, 2015

Syaitan bisu?

Hadi Awang tidak boleh jadi syaitan bisu

Friday, November 6, 2015

SENJAH MALAM

Selepas hampir 20 jam Husam Musa mendedahkan presiden Pas Abdul Hadi Awang ada niat dan merancang untuk menubuhkan kerajaan Selangor gabungan Pas bersama Umno serta menjmput sama PKR, Abdul Hadi masih diam membisu.


Hadi perlu jawab kenyataan Husam.
Sehingga ini tidak ada apa-apa kenyataan balas daripada Abdul Hadi atau wakilnya. Mungkin beliau tidak ada dalam negara atau pun belum mendengar ceramah Husam malam tadi?

Husam malam tadi menerusi ceramahnya di Kedai Mulong, Kota Bharu mencabar Abdul Hadi supaya menafikan apa yang didedahkan itu. Apakah apabila Hadi membisu dakwaan Husam itu benar?

Bagaimana pun Pesuruhjaya Pas Selangor menafikan wujud pakatan Pas bersama Umno untuk menubuhkan kerajan di Selangor. Pesuruhjaya Pas itu menafikan dakwaan Husam sambil berkata tidak ada keperluan bagi Pas berbuat begitu, berpakat dengan Umno. Sebalik katanya kalau ada dia tidak bersetuju.

Mungkin Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak tahu menahu kerana perkara itu di luar pengetahuannya. Husam dakwa Abdul Hadi mengakui sendiri rancangan berkenaan dan pengakuan Hadi itu didengari sama oleh beberapa pemimpin lain.

Dalam pada itu MB Selangor Mohamed Azmin Ali mengakui tidak tahu menahu hal itu dan minta wartawan bertanyakan kepada Husam atas alasan Husam yang membangkitkan perkara itu. "Saya tidak mahu campur itu urusan Pas," kata Azmin dipetik.

Sama ada Pesuruhjaya Pas Selangor atau pun Azmin tidak wajar untuk mereka mengulas perkara itu apa lagi menafikan apa yang didedahkan Husam. Orang yang berhak dan bertanggungjawab menjawab kenyataan Husam ialah Abdul Hadi Awang. Husam semasa membuat pendedahan itu tidak hirau apakah ia akan dimarahi ataupun tidak.

Penjelasan atau penafian daripada orang lain termasuk Setiausaha Agung maupun Pengarah Pilihan raya Pas, ia tidak sama dengan jawaban dari Abdul Hadi sendiri. Pendeaahan Husam itu juga perlu diselesaikan kerana kalau ia benar atau tidak ia menjejaskan imej presiden yang juga menjadi timbalan presiden Ulama dunia. Seorang bertaraf ulama dunia tidak boleh berbohong.

Apakah akan ada kluk klik macam ikan keli dalam besen lagi mengenai hal ini? Kita tunggu. Tanpa menjawab dakwaan Husam orang akan menuduh Abdul Hadi sebagai syaitan bisu.
 [wm.kl.8:38 pm 06/11/15]

5 comments:

  1. Kenyataan husam sebut itu berlaku dlm mesyuarat JKKP pada 25 ogos semasa PAS mengadakn mesyuarat JKKP kedua untuk menentukan calon MB Selangot.

    Semua AJKKP yang hadir menjadi saksi kpd apa yang Husam dedahkan. Berita heboh masa tu. Tak belit ikut mana lagi. Ramai yg tahu.

    Masa itu Hanipa Maidin yg tanya soalan itu dalam mesyuarat tersebut. Hanipa dah dedahkn selepad mesyuarat 25 ogos itu.

    Si Iskandat berbohong hidup2. Dia bukan AJKKP lagi masa tu. Dia xde dlm mesyuarat JKKP pada 25 ogos tu

    ReplyDelete
  2. Gembira..gembira..
    Tolol..tolol..

    ReplyDelete
  3. Adakah sebarang persamaan atau perbezaan antara syaitan bisu dan iblis kelu? Saja nak tanya.....

    ReplyDelete
  4. Betul la tu iskandar x tahumase tu..dia cume walaun kelas bawahan shj

    ReplyDelete
  5. Memang tak boleh jadi syaitan bisu. Kena pilih satu. Sama ada jadi syaitan atau jadi bisu!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa