UPDATED: Nov 6, 2015 05:27pm
Hakim memberikan syarat tambahan kepada tertuduh dengan memberi amaran kepada mereka untuk tidak mendekati, mengganggu atau berkomunikasi dengan keluarga mangsa atau saksi utama. Foto hiasan TRP
KUALA LUMPUR, 6 November:
Suspek yang juga polis samseng yang berdepan tuduhan penculikan dan kemungkinan membunuh hari ini mendakwa polis berlaku kejam kepadanya ketika dalam tahanan reman di Balai Polis Kuala Kubu Bharu.
Dakwaan mengejutkan didedahkan ketika Lans Korporal Khairon Hafiz Yaacob, 33, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di tengah hari ini kerana didakwa menculik seorang ahli perniagaan jutawan Datuk K Gopala Guru, dua tahun lalu.
Peguam Khairon, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazali kemudian memberitahu The Rakyat Post bahawa dia telah mengemukakan afidavit bersumpah yang dibuat oleh abang Khairon, bersama-sama dengan satu salinan laporan polis pada 31 Oktober untuk pihak pendakwaan dan mahkamah.
“Anak guam saya ditahan reman di balai polis Kuala Kubu Bharu dan kemudian dibawa ke Empangan Ulu Langat oleh tiga pegawai penguatkuasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Dia dipukul oleh pegawai-pegawai terbabit di situ dan kemudian dibawa semula ke balai polis Kuala Kubu Bharu,” dakwanya.
Ketika prosiding, Mohd Fazaly Ali memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kecederaan kekal termasuk kesukaran mendengar di telinga kanan susulan dakwaan diserang.
Khairon Zaidee didakwa bersama tiga yang lain – Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, Lans Korporal Azlan Abdul Kadir, kedua-duanya 35 tahun, dan Korporal Amram Md Sali, 39, di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana didakwa menculik mangsa di Jalan Maharajalela pada 2 Februari 2013.
Pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dalam Bahasa Malaysia dan keempat-empat mereka tidak mengaku salah terhadap kesalahan menculik itu yang boleh membawa hukuman penjara penjara maksimum sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwaraya, Norazlin Mohamad Yusoff mendesak mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan serius dan tidak boleh diikat jamin.
Bagaimanapun, peguam – Mohd Fazaly Ali bagi Khairon, Iszam Kamal Ismail bagi Mohd Khairul dan Azlan, selain Ridha Abdah Subri bagi Amran meminta mahkamah menggunakan budi bicara dalam memberikan jaminan.
Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian memerintahkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin sementara sebutan semula kes pada 7 Disember ini.
Beliau turut memberikan syarat tambahan kepada tertuduh dengan memberi amaran kepada mereka untuk tidak mendekati, mengganggu atau berkomunikasi dengan keluarga mangsa atau saksi utama.
Sebelum ini dilaporkan, Gopala yang mempunyai beberapa kelab malam di Lembah Klang, diculik di lot letak kereta di Jalan Maharajalela, dua tahun lalu.
Kereta BMW miliknya yang dibakar kemudian ditemui di Hulu Yam, keesokan harinya.
Sehingga kini, polis masih belum dapat menemui mangsa.
Inspektor Mohd Khairul adalah seorang daripada empat yang didakwa hari ini kerana menculik Gopala Guru, adalah seorang daripada lima yang didakwa di Mahkamah Selayang, bulan lalu berhubung kes penculikan di Taman Seri Gombak.
Dalam insiden itu, Manogaran Raja Krishnan dan Ganason Vyapuri dilihat dibawa dengan tangan bergari oleh sekumpulan lelaki dalam kereta tidak bertanda
Selepas mereka tidak ditemui, laporan polis mengenai orang hilang dibuat.
Polis menahan tiga polis, termasuk seorang Inspector, dan dua orang awam berhubung kehilangan kedua-dua mereka, dan dibawa kepada penemuan rangka mayat di Dengkil, Selangor dan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
Mayat dipercayai milik Manogaran (Dengkil) dan Ganason.
Pada 26 Oktober, Paramaguru Murugiah dan tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Manogaran, sementara Inspektor Khairul Hafiz, Lans Korporal Mohamad Rizal Shaari dan Azlan Abdul Kadir, serta orang awam, Shahrizal Abdullah didakwa membunuh Ganason.
Kelima-lima mereka, yang kini direman di penjara Sungai Buloh, mengaku tidak bersalah dan diperintahkan hadir ke mahkamah semula pada 27 November ini. - TRP
Wonderful site. plenty of fish dating site of free dating of helpful info here.
ReplyDeleteI am sending it to a few friends ans also sharing in delicious.
And obviously, thanks to your sweat!
Jika polis tersebut hanya dipukul saja, itu dikira sudah cukup bernasib baik. Betul, dia bernasib baik wa cakap sama lu. Bagaimana pula jika sekiranya dia mati dibunuh macam beberapa tahanan yang lain? Baru ada akai!!!
ReplyDelete