Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Tapah Monster yang boleh hilangkan orang

4 mangsa bunuh hilang di Tapah sejak 2012
ISNIN, 2 NOVEMBER 2015 @ 5:03 PM
SALAH seorang dari empat suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Jalan Pahang - Tapah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tapah setelah perintah tahanan reman dilanjutkan. - Foto Supian Ahmad

IPOH: Empat mangsa bunuh, dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kes pembunuhan ngeri di Tapah terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang dilaporkan hilang di Tapah sejak 2012. 

Mangsa ialah seorang pekebun dan broker tanah berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Ogos lalu, seorang wanita yang juga pengusaha bas persiaran berusia 56 tahun (hilang 1 Mac 2014), jurujual alat ganti kenderaan berusia 54 tahun (hilang 15 Jun 2014) dan pekerja bengkel berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober 2012.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hasan, berkata semua mangsa dipercayai dibunuh pada hari sama dilaporkan hilang di bengkel suspek yang terletak di Jalan Pahang di Tapah.

"Siasatan awal polis mendapati motif pembunuhan pelbagai iaitu daripada masalah hutang, urus niaga penjualan tanah yang gagal dan pekerja yang mencuri barangan majikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini petang ini.

Hasnan berkata, polis masih menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam itu lebih daripada empat orang terbabit. Sehubungan itu, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan terdiri daripada pegawai Bukit Aman, IPK Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah diketuai Ketua Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Goh Kok Liang. 

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama iaitu pengusaha bengkel berusia 57 tahun mempunyai tujuh rekod jenayah antaranya pecah rumah, penipuan, mencuri dan pecah amanah. 
Bengkel milik suspek.
Katanya, siasatan awal juga mendapati seorang lagi anak suspek lelaki yang bekerja sebagai mekanik di bengkelnya berusia 20 tahun turut terbabit dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Beberapa cebisan tulang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini jam 1 tengah hari tadi. 

Difahamkan, cebisan tulang berkenaan ditemui di lokasi kejadian di Tapah dan dibawa ke hospital itu untuk analisis lanjut oleh pakar forensik bagi mengesahkan sama ada ia tulang manusia atau sebaliknya. 
Sungai dipercayai lokasi abu dan tulang dibuang.

Sumber berkata, tulang yang mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses analisis selanjutnya. "Pihak forensik polis juga akan mengambil sampel DNA keluarga mangsa yang disyaki dibunuh dalam kes itu bagi proses padanan DNA," katanya - http://www.bharian.com.my/node/93793


- sumber gambar dan videi - kitabantai.info

1 comment:

  1. Macam SOSILSWATI kes ini gaya nya

    Jimat duit tak beli SEMEN dan TONG DRUM MINYAK tau...

    Tu sebab nilai RENGGET kechik macam KONTOL Badak OK!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa