Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Australia tingkat kawalan terhadap Sirul: Kenapa?

Australia tingkat kawalan terhadap Sirul, bimbang dibawa pulang ke Malaysia
Published: 3 November 2015 11:08 AM
Pihak berkuasa penjara Australia ambil langkah keselamatan tambahan terhadap Sirul Azhar Umar selepas ibu dan kakaknya, serta seorang ahli Parlimen pembangkang melawat beliau pada Mac lalu di pusat tahanan Villawood. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.

Pihak berkuasa penjara Australia meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sirul Azhar Umar susulan kebimbangan bekas komando itu sedang didesak kembali ke Malaysia bagi menghadapi hukuman mati kerana peranannya dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut laporan akhbar Australia.
The Australian hari ini melaporkan, langkah keselamatan tambahan diambil selepas delegasi yang terdiri daripada ibu dan kakak Sirul, serta sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen pembangkang melawat beliau pada Mac lalu.
Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Villawood di Australia, dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi kerana penglibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya, yang diletupkan dengan bahan letupan C4 atau dibunuh dulu sebelum diletupkan pada 18 Oktober 2006, di Shah Alam.
Siasatan mendedahkan Altantuya terlibat dalam hubungan sulit dengan Abdul Razak Baginda iaitu penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Razak didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dibebaskan kemudiannya.
The Australian melaporkan, pegawai Tentera Sempadan Australia sangat bimbang dengan keadaan itu kerana dikatakan hanya mendapat tahu mengenai lawatan pada Mac berkenaan selepas ia terjadi.
Akhbar itu berkata, lawatan itu diluluskan oleh Serco, kontraktor yang menjalankan pusat tahanan di Australia, dan Villawood pada masa itu berada di bawah kawalan Jabatan Imigresen negara itu. – 3 November, 2015.

2 comments:

  1. BON BON boleh terbang masok jumpa Sirul OK

    Jaga BON BON PADANG tu....

    ReplyDelete
  2. Sirul nih haramjadah! Setakat nih ada ke apa2 pendedahan yang mangkuk ni buat supaya orang ramai tahu kisah sebenar berkaitan pembunuhan Altatunya? Tak ada! Apa yang beliau buat hanyalah bunuh dan letupkan Altatunya dan bila dah kantoi, dia buat statement ala black mail pada pihak yang konon lebih bertanggungjawab terhadap kejadian tu pastu dia buat senyap. Semua langkah yang dia buat tu untuk menegakkan keadilan ke atau semata mata untuk kepentingan diri dia sendiri? Semua wayang yang dia buat sekarang hanyalah sebagai alat tawar menawar demi kepentingan diri dia sahaja. Tak lebih dari itu! Semoga pihak berkuasa Ostolia dapat menyiksa aka mendera binatang ni kaw kaw sehingga sibedebah nih bukak mulut untuk menceritakan perkara yang sebenar. Setelah kebenaran terserlah maka ada lebih baik kejaan Ostolia mengekstradisi si lahanat ni ke Mesia untuk dilaksanan hukuman mati. Baru ada syiok! Kah kah kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa