Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2015

Bila banyak cakap dan berdalih.........bercabang-cabang jadinya.......rakyat nak percaya?

Thursday, December 10, 2015
Hari Ni Zahid Kata Lebih Dari Seorang Pulak Penderma RM2.6 Billion Itu..
Apa cerita ni Zahid?.. skrip salah atau apa ni?.. sehari dua yang lepas kata seorang penderma hari ni pulak dah lebih dari seorang penderma pulak...

Dalam satu wawancara dengan www.agendadaily.com dan www.bnbbc.my dengan confident nya telah memperjelaskan status penderma itu.

Katanya penderma RM2.6 billion itu,katanya bukanlah individu dalam ertikata seorang. Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan.

“Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan).

“Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

Takkanlah sebuah Kerajaan dipimpin oleh berpuluh orang kot?

Laporan berkaitan..
Terdapat lebih daripada satu sumber wang derma RM2.6 bilion yang disumbangkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, kata naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 
Beliau mengesahkan perkara ini apabila wartawan bertanya sama ada terdapat lebih daripada seorang penderma yang menyumbang kepada sejumlah besar wang itu, berikutan timbul kekeliruan dalam kenyataan beberapa pemimpin Umno dan pihak berkuasa yang menyiasat derma itu. 
“Lebih daripada seorang penderma. Plural (lebih daripada satu),” kata Zahid pada satu sidang media di perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini lapor The Malaysian Insider
Kah.. kah.. kah.. mula-mula sorang.. sekarang lebih dari seorang pulak.. tapi macai tetap percaya..

3 comments:

  1. org yg sokong org zalim akan tanggung dosa kezaliman org tsb. najib dpt rm2.6bilyun, zahid dpt brp? tp dosa zahid sama je dgn dosa najib. sama ler dgn org lain yg sokong bela najib tu...

    ReplyDelete
  2. PAU sudah jadi tempat TERNAK BEWAK

    Rakyat tanggung semua nya pulak tu....

    Ini Ajaran NABI SAW ke ??????

    ReplyDelete
  3. pau.membincangkan.mcmna nk pau.tapi rakyat dah tau dah.tengok dan lihat..ampu dan bodek dah pasti.sampaikan tak ada sorabg pun yg membantah.folo like baffolo semuanya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa