Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2015

Bukan UMNO tapi rakyat yang pening, siapa pengkhianat sebenar?

UMNO tidak mahu pemimpin pengkhianat – Ku Nan

 | December 10, 2015
Segelintir UMNO jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan.
ku-nanKUALA LUMPUR: UMNO hanya perlukan permimpin dan ahli yang sentiasa komited dalam perjuangan, bukan menghancurkan parti demi kepentingan peribadi.
Peringatan itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada 3000 perwakilan ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Khamis.
“Segelintir UMNO jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan mengambil pegangan bercanggah dengan parti.
“Komponen BN juga menjadi sasaran provokasi, persepsi diangkat menjadi realiti, media sosial digunakan untuk memburukkan UMNO secara bertali arus,” katanya.
Tengku Adnan seterusnya mengingatkan ahli parti bahawa setiap halangan dan cabaran yang didepani UMNO bukan alasan untuk berhenti daripada perjuangan.
Katanya, meskipun cabaran tersebut datangnya dalam parti itu sendiri, pimpinan UMNO perlu lebih terbuka dalam membuat pertimbangan supaya parti terus kekal relevan.
“Saya tahu, bukan mudah untuk ditangani, tapi mengalah tidak sesekali kerana matlamat UMNO tidak berubah, tujuan asas dan penubuhannya, pendekatan sentiasa diperbaharui supaya selari dengan perubahan zaman.
“Setiap yang berlaku akan kita tempuh dengan secara terbuka, setiap keputusan telah diperinci atas sabit kesalahan untuk memastikan UMNO kekal sejahtera,”katanya.

7 comments:

  1. I was recommended this website by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as
    nobody else know such detailed about my problem.
    You're amazing! Thanks!
    My website :: agence de web maroc

    ReplyDelete
  2. yang ada kuasa jadi pengkhianat pura pura cari pengkhianat
    memang lahanat puak omno ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebijik macam pas.
      Pengkhianat pura2 cari pengkhianat.

      Delete
  3. Aku pun tak faham siapa sebenarnya perosak umno ahli yg nak betulkan kesilapan dan luruskan yg bengkok dicap sebagai perosak sungguh malang bagi ahli umno yg tak dapat bezakan antara kaca dan permata dan lebih malang lagi minda2 mereka masih dijajah dan terpenjara oleh emosi dan bukan nya fakta dan realiti

    ReplyDelete
  4. DUMNO ini membukti kan Melayu benar benar BODOH

    Rakyat terbesar tapi ter miskin ter papa kedana

    BEWAK HIDUP di bela nya ke hulu ke hilir

    Bukan tak tahu BEWAK MAKAN BANGKAI

    Apakah Rakyat nak hidup sama BEWAK sampai jadi BANGKAI ?????

    Al QURAN SUNNAH ada tapi tak di praktik , hanya hidup cara

    PAU PAU PAU

    MAT KAMPAU !!!!!!!!!!!!!

    Salam 1Papa Kedana

    ReplyDelete
  5. Cuba ramai2 baca qunut nazilah minta Allah selamatkan negara ini daripada pemimpin dan parti durjana.

    ReplyDelete
  6. dah kena dah. penipu menuduh pencuri pengkhianat kuat menipu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa