Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2015

Bukan Perwakilan yang komen tetapi Zahid?

Perwakilan UMNO puas hati penjelasan mengenai 1MDB, RM2.6b – Zahid

 | December 9, 2015
Zahid juga berkata penjelasan dibuat bagi menangkis serangan pihak luar yang menurut beliau cuba menyelewengkan fakta
zahid bahasa
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa semua perwakilan UMNO yang hadir dalam taklimat Presiden pada Selasa malam berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Zahid berkata dalam taklimat tertutup itu, Najib telah menjelaskan tiga perkara iaitu mengenai cabaran ekonomi negara, derma politik RM2.6 bilion dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Penjelasan tadi mendapat sambutan dan maklum-balas yang positif dari ahli parti,” katanya dalam satu sidang media di PWTC.
Mengulas lanjut, Zahid berkata Najib terpaksa mengulangi penjelasan mengenai isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion berikutan terdapat pihak yang menurut beliau cuba menyelewengkan fakta.
Beliau juga menepis dakwaan bahawa rakyat bakal mengemis di negara sendiri.
“Beliau beri fakta-fakta supaya perwakilan bahagian-bahagian dapat penjelasan.
“Dakwaan daripada seorang tokoh mengatakan rakyat bakal mengemis di negara sendiri merupakan fakta yang diselewengkan,” katanya lagi.
Pada masa yang sama, Zahid mengulangi penjelasan Najib bahawa penderma RM2.6 bilion itu tidak mahu sebarang pulangan.
“Pihak yang berikan derma politik telah diketahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…penjelasan diberikan dan pihak yang berikan dana berkenaan tidak perlukan sebarang pulangan.
“Dia nyatakan mana-mana parti politik perlukan dana sebagai alat tetapi bukan matlamat,” katanya.

2 comments:

  1. Mak aaii!!! Senang je ambil mudah berucap bagi pihak perwakilan,. Konon semuanya perwakilan berpuas hati,.???? Kalau nak membodek bertempat la weii ,....

    ReplyDelete
  2. semua perwakilan berpuas hati..hahaha.macam baffolo soldier.folo like baffolo.
    itu perwakilan umno.
    kitaorang rakyat biasa ni.bila lak nk bagi penjelasan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa