Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2015

Isu-isu berkaitan kebebasan asasi: Badan kehakiman teragak-agak?

Bekas hakim: Kehakiman lupa peranan lindungi perlembagaan?


Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan menyatakan kebimbangan terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, yang menunjukkan badan kehakiman teragak-agak dalam isu-isu berkaitan kebebasan asasi.
Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membangkitkan kes penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian, kes hasutan pensyarah Azmi Sharom, kes transgender Nur Juzaili Mohd Khamis dan cabaran hudud oleh Gerakan, sebagai contoh.
“Kes-kes ini menunjukkan sikap teragak-agak oleh sebahagian mahkamah untuk mengetepikan sama ada undang-undang persekutuan atau enakmen negeri atas dasar perlembagaan.
Hishamudin berkata banyak persoalan timbul daripada kes-kes ini, seperti sama ada bidang kehakiman telah melupakan peranan sucinya sebagai pelindung perlembagaan.
Hishamudin baru bersara daripada perkhidmatan pada September lalu.

2 comments:

  1. Tau dah..
    Selepas bersara baru bunyi.

    ReplyDelete
  2. Adakah seorg pengecut.. Bile berhenti baru bersuara... Byk berdiam diri .. Tu le malaysia amkin teruk...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa