Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

Kerjasama PAS-Umno: PAS nafi, tapi baca apa kata Najib siap berfatwa lagi!

PAS tunjuk tanda positif ke arah muafakat dengan Umno, kata Najib 
TMI - Published: 8 December 2015 7:26 AM
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 Disember, 2015.

PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, malam tadi.
Temu bual itu dikendalikan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temubual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv
Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan Islam.
"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.
Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, 6 anggota Parlimen daripada PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).
Manakala 4 lagi ahli Parlimen PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.
Najib juga berkata kenyataan hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.
Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan Kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam Islam.
"Cuma kita tak b paksa ini berlaku. Ini perlu terbit daripada nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan Umno dan PAS sedar perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya. – Bernama, 8 Disember, 2015.

10 comments:

  1. Kah4
    Apa khabar Hj Hadi...??

    ReplyDelete
  2. Yeyy yeyyy najib dh stuju..yeyy yeyy..sambil melompat ke kegirangan tghh bersama walaun2 nye di marang..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Akhirnya kelentong pemimpin PAS kepada ahli2nya bahawa UMNO tu taghut terbongkar...Najib sendiri mengesahkan betapa PAS hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nakkan UMNO yang kononya taghut...ustaz dan ulamak pun pandai cakap 'mohong'?

    ReplyDelete
  4. Yea yea.... tak lama lagi dapat makan dedak berjamaah PAS & UMNO

    ReplyDelete
  5. bagai pinang d belah dua...manis dan secocok..ini yg puak melayu sekarang memerlukan...pecah dan perintah dlm bangsa melayu..sekoq cerita hal dunia..sekoq ceramah hal akhirat...dalam satu perjuangan melayu..kedua dua bole masok TV3...oohhh manisnya..yg untong kaum puak depa dua dua ekoq..

    ReplyDelete
  6. Amanat 1980 Umno kafir. Amanat 2015 Umno OK. Dirgahayu Hadi Awang! Hidup Hadi Awang! Takkan hilang Hadi Awang di dunia! Ketuanan Hadi Awang!

    ReplyDelete
  7. Wan rosli mane...telur x de ka/?/? Backup tghh yg setia...setia x tentu passl

    ReplyDelete
  8. Mulut masih lagi cakap tak tapi perbuatan serta tingkahlaku semua dah sah, satu kapal dgn Najib. Najib sendiri yang sebut bahawa Hj Hadi, Harun Din dan pimpinan PAS semuanya dah lunak dan mesra dengan UMNO especially dgn Najib, masih mau menafikan? Masih mahu nak putarbelit? Masih mau lagi rakyat percaya kamu tu parti pembangkang? Rentikan je lah wahai agamawan2 dunia! Jangan dok sibuk lagi cakap yang kamu tu musuh UMNO apabila kamu asyik sibuk menyerang Amanah dan DAP. UMNO tu yang dah nak masuk kubur tu sikit pun kamu tak sentuh malah bagi kata2 semangat dan nasihat! Hj Hadi dan Harun Din sebagai pemimpin tertinggi PAS sudah nyata dilihat rakyat sebagai mesra Najib. Mustahil pulak pimpinan PAS yang kat bawah dua orang tu tak nak ikut cakap mereka berdua? Bukankah kalau kamu tak nak ikut cakap Hj Hadi dan Harun bermakna kamu juga berpendirian seperti pemimpin2 Amanah iaitu menolak kepimpinan ulamak? Ke cerita2 kepimpinan ulamak tu isu yang direka waktu geng korang nak menang jawatan? Kepimpinan ulamak tu sebenarnya tak wujud sebab tak dak ulamak sebenar dalam PAS, bukan gitu? Semuanya berkisar tentang jawatan, duit, pompuan dan kemewahan dunia kan?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  9. Ada MASYOOOOKKKKKKKKKKK!!!!!!

    Bila boleh jadi kaya ber gaya dengan Range Rover , apa pon kira Halal jugak

    Ingat bebudak lebai serban tu tak de nafsu ke

    Bukan Maksom lah....

    Ingat Bilyon Bilyon ada OK

    ReplyDelete
  10. bagai jubur kuali dan belanga mengakui sama hitam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa