Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 11, 2015

Kerjasama Umno-PAS: Lampu hijau dari Kelantan?

Ahmad Yakob: Kerjasama Umno-PAS akan diputus pucuk pimpinan PAS


Hubungan kerjasama yang dihulurkan Umno kepada PAS akan dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti (PAS), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad berkata kerjasama antara parti ini adalah perkara besar serta melibatkan dua dasar parti yang berlainan dan perlu juga dibawa ke muktamar PAS.
"Kerjasama dari segi politik, saya tidak boleh komen kerana ini mesti mari (datang) daripada pucuk pimpinan (PAS).
"Bagaimanapun saya mengharapkan dari segi kesedaran masyarakat Islam dan orang Melayu di negara ini mestilah semakin baik terutama untuk meletakkan Islam di tahap yang tertinggi dalam semua perkara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Wakaf Baharu, Tumpat semalam.
Ahmad diminta mengulas tawaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Najib, yang juga perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata hubungan kerjasama antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah baik dan sedang dipertingkatkan lagi.
"Kerjasama telah wujud sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan, sekarang ini saya meningkatkan lagi kerjasama tersebut," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjelasan berhubung tawaran jalinan kerjasama daripada Umno itu akan dibuat oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Hanya presiden yang akan membuat kenyataan berhubung perkara ini... kerana kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan," katanya.
- Bernama

7 comments:

  1. Akan terjadi sepertimana peperangan dlm sejarah islam dimana al quran di letak di hujung pedang.

    ReplyDelete
  2. Ya..
    Tuang presideng akan jilat ludah sendiri skit hari nanti

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah
    Kalau Presiden UMNO hulur tangan saliturrahim.
    Maka Presiden PAS hulur tengkok memanjang,
    Ketika inilah Mursyid am pula hulur pisau sembelihan.
    Inilah yang dinamakan perpaduan atas nama bangsa melayu.
    Takbiiiiir.

    ReplyDelete
  4. Gabung sajalah. Itu yg presideng hendak. Ahli perlu wala'

    ReplyDelete
  5. Gabung sajalah. Itu yg presideng hendak. Ahli perlu wala'

    ReplyDelete
  6. Apa nak disusah-susahkan, eloklah Hadi bawa PAS terima pelawaan UMNO untuk bergabung. Setelah bergabung nanti, Hadi bolehlah katakan..."Bukannya PAS yang nak bergabung dengan UMNO, tetapi UMNO yang nak sangat bergabung dengan PAS. Jika ditolak pelawaan UMNO itu, nanti UMNO kecik hati la pulak! Kita guna kaedah Islam, molek kalau berdamai"

    Setelah bergabung nanti, Hadi boleh join Jamil bermain golf dan Hadi boleh juga mengajak Jamil tu mencandat sotong, bukankah cantik tu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa