10 Disember 2015 | Wartawan MD
Inilah masa yang sesuai bagi Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangan sama ada politik, sosial dan ekonomi demikian ditegaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata, apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan masyarakat majmuk, PAS selamanya akan berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah s.w.t. dengan mana-mana pihak sama ada Islam atau bukan Islam.
Katanya lagi, PAS adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah gerak kerja dan tindakan membina masa depan sejahtera.
"Lebih enam dekat PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagaai teras pemerintahan dan penyatuan ummah.
"PAS juga menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus serta kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara," ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.
"Bersandarkan prinsip inilah maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang dan diputuskan dipelbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan kolektif," terangnya.
Abdul Hadi menjawab balas mengenai pelawaan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk bersama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.
Najib dipetik sebagai berkata, "Maka saudara dan saudari, kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, apabila PAS kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.
"Dengan hati yang terbuka dan sanubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Justeru tegasnya lagi, pada waktu ini PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama tersebut sebagaimana yang telah dicapai dalam muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
Bawa la ke sana wahai mr presideng!!
ReplyDeleteHang la punca bahtera PAS berpecah kerana main di sebalik tabir. Skrg hang tk perlu main2 sembunyi lagi dah kerana terang dan nyata parti hang dah dipinang tu!!
Najib nak ajak hadi main golf kot.....
ReplyDeletesi dara kena pinang" ... hok meminang tu namanye Awang boceh, si dara tu namanya Mek Ssengeh .. hu huuu berat nannang parti Pascai baiah taklik hudud huduud huduuud.
ReplyDeletebakpe mung ghoyat, sebab mung buatt.. lepas mminang boleh nikoh gantung @ nikoh mutaah.
orang guna fekah siasahh.. mung guna fekah munakahat... ha haaa haaaa
Pas Hj Hadi berkuasa dan UMNo najib berkuasa.....parti sdn bhd.....bila nak nikah? Jangan kena tangkap khalwat udah ler
ReplyDeleteMane nenantu hadi//?(?? Telor x de ka...nk debat lg ker...wan roslli da mampuih ke...backup x tentu pasal...bodoh sonnbong...pas akn kene dgn nmainan puak yahudi umno...ingt ni semua perancangan apco...yahudi ma...zionis...jgn bodoh dok backup hadi awng...
ReplyDeleteLogo pas kena ubah..bulan putih kat tengah2 tu kena letak keris tp bersarung...bukan telanjang nanti nmpak aurat
ReplyDeleteGeli aku ckp hal islam tp dok ponteng parlimen musnahkan amanah rakyat mcmana... Arap kat serban aja la...
ReplyDeleteUMNU: Awey Bocehh
ReplyDeletePAScai: Mek Ssengeh @ mino ggarib
Molek lah tuu mung nnikoh weh .. samo padey serupo ketut dengey tahii
Wang Seli pengsang doh, tetelang banyak pil kudo lebih sket. Le ni duduk dalang wak aisiyu, mapuh dok lagi. Napah kut mulut pong masuk kena paka mesing pang.
ReplyDeletemaka hancur la kepercayaan penyokong yg berada dibawah ini..duit sepuluh dua.emas rantai cincin se utas dua yg di dermakan demi melihat pas sebagai parti islam yg amanah memerintah telah lenyap.
ReplyDeletepengkhianatan terbesar terhadap penyokong bawahan.
kalau tau pas nk masuk umno semula.tak perlu la kami menanggung derita selama ini.
DeleteTok adi... saya doakan cepat2 ada jodoh dgn umno..apa pon sebelum pru14...pls...bg rakyat ruang utk memilih...tak mau lepas pru 14 tup tup nk bergabong...itu menipu namanya...tokkk
ReplyDelete