Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 11, 2015

Kihkih........250 saja? Memang cari nahaslah!

250 ahli UMNO desak Najib berundur

 | December 10, 2015
Kesemua ahli UMNO terlibat sedia hadapi tindakan displin daripada melihat parti mereka tumbang di tangan pembangkang
Anuar (centre, seated) with Umno members calling for Najib's resignation
Anuar (centre, seated) with Umno members calling for Najib’s resignation
KUALA LUMPUR: 250 ahli UMNO dari Kedah dan Kluang, Johor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur demi masa depan parti.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Ketua UMNO Cawangan Anuar Abdul Hamid dari Cawangan Jalan Badlishah Bahagian Merbok, Kedah berkata desakan itu dibuat bagi tujuan menyelamatkan parti mereka daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Semua yang hadir hari ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu bagi menyelamatkan parti UMNO.
“Kita mahu Najib berundur bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Auditorium Musium Kesenian Islam, pada Khamis.
Kesepakatan yang dibawa Anuar ini merupakan yang kedua selepas usul mendesak Najib berundur diluluskan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok dengan sebulat suara pada 22 Ogos lalu. Bahagian Merbok dilaporkan mempunyai mempunyai lebih 130 cawangan.
Sementara itu di sidang media yang sama, Razali Mohd Nor dari Kluang, Johor berkata mereka sedia hadapi tindakan displin.
“Kita sanggup berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin kerana kita sayang dengan UMNO.
“Kita akan beri kerjasama yang baik sekiranya dipanggil dan kita tidak akan sesekali menimbulkan kekecohan dalam UMNO,” katanya.
Sebelum ini 20 Ketua Cawangan UMNO Sepang dan 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang mendesak Najib supaya berundur dan mahu Pemilihan Parti bagi tahun 2016 diteruskan.

3 comments:

  1. Yg dok dlm unno kn manusia bebal...jahil..bodoh sonbong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah satu lg..pekak badak...unperfect embrio...

      Delete
  2. 250 dari 3 juta.pimpinan umno tak heran pun..ape yg 250 prg boleh buat?
    sedang kan kat pau ada 3000 wakil semua berpuas hati dengan presiden.
    lain kali.tak setuju.masuk je pembangkang senyap2

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa