Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

Kita kongsi sikit kesedihan orang lain........

Warkah pilu Permaisuri Johor buat almarhum Tunku Jalil

 | December 8, 2015
Tuanku Zarith Sofiah berkongsi kesedihan kemangkatan anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil.
zarith-sufiah
PETALING JAYA: Kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim memberi kesan mendalam kepada seluruh kaum kerabat Diraja Johor dan rakyat Malaysia amnya.
Paling terkesan sudah tentulah bonda yang melahirkan Almarhum, Permaisuri Johor, Tunku Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris.
Membaca nukilan baginda yang berkongsi saat-saat terakhir bersama Almarhum Tunku Jalil. mampu meruntun perasaan rakyat Malaysia kerana kehidupan keluarga Sultan Johor sangat dekat di hati rakyat.
Warkah buat anakku, Jalil :
Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil berada menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu terlalu kerap ke hospital.
Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.
Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam.
Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil di atas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata “Jangan menangis, Lil tidak apa apa.”
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri di sisi Mama.
Mama memandang ke arah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi mama. Anak lelaki Mama lima orang. Di mana anak mama yang lagi seorang? Dan mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, “Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.”
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa