Apa tidaknya, aku tinggal berdua saja dengan isteri........tapi bil letrik rumah tak kurang dari RM500 sebulan!
Tarif Elektrik Turun, Tambang Pengangkutan Awam Dikaji
PUTRAJAYA – Tarif elektrik untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal dikurangkan antara 3.3 peratus hingga 5.9 peratus mulai Januari tahun depan.
Berita gembira penurunan kadar tarif elektrik itu dijangka membabitkan pengguna industri dan isi rumah dalam usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.
Tarif baharu elektrik tersebut dijangka berkuat kuasa selama enam bulan memandangkan pihak kerajaan turut perlu mengkaji semula kadar bil utiliti tersebut pada setiap setengah tahun.
Porta berita tempatan AgendaDaily yang memetik satu sumber memberitahu, pengurangan tarif mungkin boleh dilakukan melalui konsep rebat Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).
Selain itu, kejatuhan harga minyak dunia turut telah memberi kesan kepada harga semasa gas asli yang sering digunakan sebagai bahan untuk stesen penjanaan tenaga elektrik tempatan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai tarif elektrik di kementeriannya di Putrajaya.
Sementara itu, mesyuarat Menteri pada Jumaat lalu juga bersetuju supaya kenaikan harga tiket untuk Komuter, transit aliran ringan (LRT), Monorel dan Express Rail Link (ERL) dinilai semula.
Difahamkan sebahagian besar daripada anggota Kabinet telah menyuarakan bantahan mereka mengenai kenaikan harga tiket pengangkutan awam tersebut baru-baru ini.
“Jemaah menteri kemudian mengarahkan pihak berkenaan agar mengkaji semula kenaikan harga tersebut dan menyerahkan laporan dalam mesyuarat yang seterusnya.
“Keputusan selanjutnya akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang,” kata sumber itu dipetik oleh AgendaDaily. - sumber
pr dah dekat
ReplyDeleteAlasan utk menjadikan PAU sebagai benteng perjuangan rakyat. Tak caya kita tengok.
ReplyDeletewasalam
Tiada ribut n angin terasa gegeran bagai gempa mengusik n terasa ,. PRU 14 setia mendatang terasa bagai terhakis dari bahasa, suara n kuasa kuasa,.kini agak terlambat n tersia konon memujuk kepada gumpalan hati yg beku ,. Boleh pulak berfikir kembali, kenapa tidak dahulu,.terima kasih, semuanya sudah terlambat,.....
ReplyDelete