11 DISEMBER 2015
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berucap pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mengambil sikap berwaspada dalam menjalinkan hubungan dengan Pas.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindak-tanduk Pas yang dilihat berdolak-dalih sebelum ini mencerminkan parti itu.
“Bagi saya, jangan kita hadap sangatlah kerana tidak ingin dipermainkan Pas,” katanya.
Menurutnya, pengukuhan Umno tidak bergantung pada Pas.
“Kita boleh kuat tanpa Pas,” katanya.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kerjasama antara kedua parti itu tidak semestinya berbentuk rasmi iaitu gabungan politik yang bertanding di bawah platform sama.
“Cuma demi Melayu dan ummah, ada baiknya jika kita dapat bekerjasama seperti menyelesaikan isu pokok yang menyentuh berkenaan agama serta orang Melayu.
“Kita boleh mengkaji kata sepakat,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengungjungi petugas media di Laman Media, hari ini.
Semalam, semasa ucapan dasar, Najib menyatakan Umno terbuka menjalinkan kerjasama dengan Pas.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam reaksinya berkata, parti itu komited dengan PKR sebagai rakan tahaluf siyasi.
Bijak juga budak Jelebu nih, awal-awal lagi mengelak dari terkena kencing hullamak yang telah pun dikencing oleh bossnya. Kipidap!!!
ReplyDeleteBukan budak Jelebu la bro....
DeleteKhairy tu budak GHOMBAU !!!!
Jgn caya sama hj sangkut.
ReplyDeleteLebai ja besar tp otak pusing serupa ular.
Pas didominisasi oleh ularmak sarkas
ReplyDeleteyes bro PAS now PIS
ReplyDeleteputin says--tikaman dari belalang dari kakitangan terroris
Mamat ni cerdek la jugak klau nak banding dgn geng songkok tinggi(GST) & lebai2 walaun al siku wal lutut dlam Pas tu...klau matjelebu ni berdebat dgn lebai abodihi/tontowi al siku/al takiri .. mungkin tercabut kupiah lebai2 ni..
ReplyDeletemalunya klau orang dah tau Pascai ni selalu konar baring & selalu ponteng sidang parlimen & tauu dok ceritaa pasal hudud hudud huduuuud..hi