+60 11-1783 3481: Part 1:
Gaya dan pola politik Melayu masa kini begitu celaru dan tidak menunjukkan satu kematangan selaras dengan usia demokrasi di Malaysia. Ini kerana orang Melayu yg hakikatnya telah terpecah kpd dua kelompok besar parti politik ( satu kerajaan dan satu pembangkang ) telah saling bercakaran tidak kira musim, tempat dan subjek.
Titik persamaan yg boleh menjamin manafaat bersama nampaknya semakin kabur dan luntur dalam lautan api permusuhan, dendam dan hasad dengki yg semakin marak.
Cara menyerang lawan begitu aggresif hingga boleh meletakkan situasi pada "kalah jadi abu, menang jadi arang."
Part 2:
Cuba lihat pancapaian ekonomi dan akademik oleh bangsa Cina misalnya, sentiasa diiringi oleh tuntutan2 politik yg matang dan kena pd masanya.
Sebagai contoh, secara berkesan, kaedah ini telah berjaya menambah ruang dan peluang mereka dlm bidang akademik dgn terbinanya berbagai2 institusi pendidikan swasta, mengamalkan budaya dan bahasa dgn lebih meluas. Ya, parti mereka berbeza, tetapi perbezaan itu lebih bercorak 'the same differences'
Cuba lihat kematangan Kesatuan Eropah (EU) dlm bidang politik dan ketenteraan buat menghadapi dunia Islam. Sebaik saja WTC diserang mrk terus bersatu dgn Amerika kononnya utk memerangi keganasan.
Negara2 eropah juga tlh berjaya mengatasi perbezaan pendapat dlm bidang ekonomi apabila rela menggunakan mata wang yg sama utk menghadapi era ekonomi global yg lebih mencabar. Mereka tidak membesarkan krisis yang ada apabila ada cabaran dari pihak ketiga. Malangnya kematangan yg sama belum ada dalam senario politik Malaysia.
Part 3:
Kebencian akan membunuh kerasionalan. Kebencian org Melayu kpd penjajah menyebabkan segelintir mrk yg memilih komunis (PKM) sebagai cara berjuang menegakkan keadilan, sdgkan komunis bukanlah ideologi dan parti yg baik drp penjajah.
Ketidakmatangan ini boleh berulang jika bangsa Melayu tidak mempunyai ilmu yg cukup utk menilai.
Cuba lihat apa kata Sayidina Muawiyah apabila kerajaan Kristian cuba mempengaruhinya bagi menjatuhkan 'rival' politik Sayidina Ali. Beliau menulis kpd raja Kristian, "Saya tlh mengetahui bhw anda beranggapan pemerintahan Ali lemah, dan memutuskan utk menyerangnya kerana beranggapan Muawiyah tidak akan membantu Ali. Demi Allah, sangkaan anda keliru. Ini adalah masalah 'ghairat' Islam. Jika anda berani menyerang Ali maka di antara tentera2 yg berperang di pihak Ali, Muawiyah akan berdiri di barisan paling hadapan!"
Barangkali SUDAH TIBA MASANYA ujud ALIRAN KETIGA dlm senario politik Melayu. Yakni golongan yg boleh dan mampu berpolitik secara matang dan profesional dlm bidang masing2. Mereka yg lebih objektif, rasional dan 'gentleman' dalam menghadapi perbezaan pegangan politik.
Namun keprihatinan, kesetiaan, komitmen dan kecintaan mrk terhadap agama, negara dan bangsa tidak diragukan.
- via WhatsApp
Simple jer...melayu sokong umno mmng bongok...umno milik british...perkataan umno itu org puteh...kenape britain kaya sampai melampau...mane hasil petroleum..yg dpt cukai je da berpyluh billion..maknanya jualn beratus trillion.. pas da jd barua umno n british kerna jln hdawang...Dr dulu sbuk nk join umno...senang ckap yg sokong umno otak sempit n tak tau sejarah negara sendiri... melayu umno mmng bodoh sampai liang lahad...
ReplyDelete