Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 4, 2015

TPPA dan pentadbiran Brunei

Kita perlu tahu bahawa jika TPPA merbahaya kepada Melayu dan Islam, tentunya Brunei yang menjadi 4 negara pengasas TPPA (Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement -TPSEP or P4 - pada asalnya) tidak akan menandatangani perjanjian tersebut pada Jun 2005.... Opss

dan dah tentu Sultan Brunei juga tak akan berani declare untuk melaksanakan Hudud kerana kononnya TPPA bakal mengganggu-gugat Perlembagaan....

Menurut kajian dalam buku The Overseas Chinese in ASEAN: Business Strategies and Management Practices - Limlingan, Victor Simpao (1986), 90% Imigran Cina tidak memperolehi kerakyatan Brunei sekalipun sudah bergenerasi menetap di Brunei.... Opppss!

Malahan Brunei juga melarang keras tarian Singa ditempat umum bermula Tahun Baru Cina 2015 dan hanya dibenarkan setengah jam selepas solat fardhu - hanya boleh dipersembahkan di tokong, dewan sekolah cina dan kediaman cina sahaja... Membakar mercun juga dilarang....

Malahan undang-undang baru yang dilaksanakan bermula Mei 2014, melarang keras sebarang aktiviti dakwah, pengajaran dan penerbitan agama lain selain Islam di Brunei....

TPPA sebenarnya merbahaya kepada usahawan yang tidak berani bersaing secara global untuk membekalkan perkhidmatan dan produk yang berkualiti dan murah kepada pengguna....

Proton sudah menikmati SUBSIDI pasaran tertutup sejak 1983 dengan kekangan pelbagai cukai terhadap kereta import. Sejak menikmati subsidi tersebut, Proton menikmati keuntungan terlalu tinggi dengan menjual kereta pada harga kononnya kompetatif sedangkan hakikatnya kereta lain dijual berlipat kali ganda kerana cukai bagi memastikan Proton mampu meraih keuntungan berganda.

Dengan perlaksanaan TPPA, pelbagai kereta import akan dijual lebih rendah dari Proton malahan Perodua apabila duti import dimansuhkan... Bagi mengatasi kekurangan pendapatan negara akibat pemansuhan duti dan cukai ini, GST diperkenalkan sebagai langkah awal persediaan menghadapi pasaran bebas.

Begitu juga dengan harga beras, selepas Indonesia menandatangani IMF pada tahun 1998, harga beras di Indonesia menjadi sangat murah sekitar USD0.30 sahaja akibat lambakan pasaran kerana IMF mensyaratkan kerajaan Indonesia tidak boleh lagi mengawal harga barang makanan.

Sesetengah pihak menyuarakan kebimbangan terhadap persaingan membida kontrak kerajaan yang dikatakan akan merugikan Usahawan Bumiputera. Adakah 30 juta rakyat Malaysia merupakan golongan Usahawan yang akan rugi tersebut atau hanya beberapa ratus orang sahaja? Dan satu persoalan yang perlu dijawab oleh golongan Usahawan Bumiputera... Mengapa syarikat asing mampu membida projek kerajaan dengan harga lebih rendah tetapi dengan kualiti yang lebih baik??? Adakah kerana tenaga buruh??? - Rasanya mereka juga akan guna tenaga buruh tempatan dan macam Usahawan kita juga guna;- buruh Bangladesh dan Indonesia.... Atau kerana selama ini usahawan bumiputera menikmati kadar keuntungan maksimal kerana tiada persaingan langsung???

Paling terasa dengan TPPA adalah usahawan peruncitan yang kita sedia maklum bukanlah usahawan bumiputera... Pelbagai "restriction" hari ini oleh kerajaan Malaysia menyukarkan syarikat-syarikat peruncitan antarabangsa membuka perniagaan di Malaysia... Syarikat-syarikat antarabangsa terpaksa menjual produk mereka menerusi syarikat-syarikat tempatan yang secara jelas terang dan nyata adalah syarikat cina...

Bayangkan Samsung membuka Samsung D'light di Kuala Lumpur - gamaknya kedai henpon di Low Yat boleh bersaing ker dengan Samsung D'light yang merupakan kedai dan galeri pameran rasmi Samsung??? Dan berapakah harga produk Samsung tanpa melalui pengimport dan orang tengah cina ni????

Kebanjiran produk2 import ini juga akan membawa masuk sekali industri-industri hiliran untuk direbut oleh usahawan-usahawan tempatan.. Malahan pemilik jenama juga akan membuka outlet dan technical support outlet di Malaysia... dan ini akan membuka peluang kepada graduan tempatan mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik berbanding syarikat cina sebelum ini.... Siapa mahu kerja di syarikat cina lagi jika gaji mereka ciput?

Malahan dengan perlaksanaan TPPA, Undang-undang Buruh dan Perniagaan mesti mengikut amalan undang-undang antarabangsa yang mana selama ini tidak diamalkan oleh syarikat cina....

Jelas sekali dengan perlaksanaan TPPA ini, akan menyebabkan banyak syarikat cina tempatan terpaksa bungkus... Mengapa perlu kita jadi barua untuk membela syarikat cina dan beberapa kerat usahawan bumiputera yang bila kaya masuk pembangkang????

Mengapa kita tidak bersetuju untuk menerima TPPA sekiranya ianya menjamin pendapatan tinggi untuk anak-anak kita??? Mengapa tidak kita terima TPPA sekiranya ratusan ribu graduan melayu bakal mengisi kekosongan jawatan di syarikat antarabangsa????

Jika kedaulatan negara dipersoalkan... Jawab dulu pasal Brunei yang disebut awal tadi....

Jika kononnya campurtangan Amerika menjadi kekangan... Mengapa tak beritahu rakyat bahawa pengasas TPPA adalah Brunei, Singapore, Chile dan New Zealand - Amerika tidak terlibat pada mulanya dan hanya menyertai TPPA pada 2008???

Aku percaya dan yakin kepada Tok Pa yang dipertanggungjawabkan untuk merundingkan TPPA!!!

Ditulis oleh:
Azanisham Samat
Pengerusi
MAKMAL MEDIA SOSIAL MALAYSIA (MESO)

1 comment:

  1. Kalau betul lu punya ckap ni matt...lu buat surat n tandatgn...sekira sebaliknya kau jawab n sumbat kau dl m kubur...jgn pandai sgt la dgn mainan puak yahudi...lu sape mat...ckap atas kertas bole la....selagi kau berniaga n mkn gaji gerenti kau x bole a bahas isu tppa ini...otak kau sempit lg...kau jgn jd barua umno....kalau nk bodoh biarla bodoh sorang...jgn ajak org lain...satu dunia tolak tppa dgn yahudi..baik kau g surau belajar azan..sepenanama kau azanisham

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa