Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 18, 2015

Perpaduan ingin tutup dosa kabilah 1MDB?

Perpaduan kabilah Najib dan Hadi; ingin tutup dosa kabilah 1MDB? – Zasyaf Ishak 
Published: 18 December 2015 12:54 PM

Kita ucap tahniah di atas kejayaan penganjuran Multaqa Al-Azhar walaupun di atas apa sahaja niat pelaksanaannya. Cerita dan cereka perpaduan pun menjadi dasar kepada multaqa tersebut, yang tidak lebih kepada usaha 'public relation' untuk kepentingan individu tertentu.

Datuk Seri Najib Razak semalam bercakap dia mewakili kabilahnya, sementara Datuk Seri Hadi Awang juga mewakili satu kabilah yang lain. Maka digunakanlah keperluan bertemu dengan 'tali perpaduan' dan mula berfikir tentang masalah ummah. 

Yang sebenarnya, wajah perpaduan macamana yang kabilah Najib mahukan? Cuba berterus terang dan tidak terus beretorik dan berangan kosong. Apakah darjah perpaduan yang Najib impikan? PAS mengumumkan mereka masuk Barisan Nasional?

Apakah ini bermakna tidak akan ada pertembungan 'satu-lawan-satu' di antara UMNO dan PAS dalam PRU akan datang? Apakah Najib boleh jamin, kabilahnya akan menyokong penuh cadangan ini? Apakah tidak ada di kalangan ketua kecil kabilah yang merajuk dan kecewa kerana tidak menjadi wakil rakyat?

Kabilah Najib tidak boleh menganggap cerita perpaduan ini boleh mengenepikan sama sekali kabilah korporat 1MDB yang terus membuat onar di dalam negara ini. Pendedahan terbaru Wall Street Journal, bahawa adanya interaksi perniagaan di antara 1MDB dan syarikat ciptaan di luar negara ini bukan cerita kosong. 

Janji kabilah Najib untuk menyaman WSJ sudah berlalu sekian lama. Saman tidak pernah berlaku, yang ada hanyalah jawapan kabilah 1MDB yang berpusing-pusing seperti gasing. 

Sudah-sudahlah kabilah Najib mempertahan ketua yang tidak konsisten dan sudah berada di sempadan perbuatan jenayah. 

Kabilah Najib bukanlah kabilah yang kuat. Malah ianya satu kabilah yang semakin tempang dan buta masa depan. Kabilah Najib hanyalah hebat di media perdana sedangkan mereka sedang merangkak mencari kekuatan politik. Tiba-tiba, kabilah Hadi mahu dirapati. Ini tidak lebih sebagai jalan untuk menutup segala macam  nanah pentadbiran yang dilakukan oleh Kabilah 1MDB.

Ya, 1MDB sudah menjadi kabilah tersendiri, kerana ini adalah sebuah kabilah yang kaya raya dan banyak harta. Walaupun tidak ramai pendokong, kabilah 1MDB ini ada kuasa ekonomi yang tinggi. PAS jangan terpedaya dengan salam cengkok yang minta nyawa seperti ini. PAS tidak perlu terpalit dengan politik padam dan benam segala dosa 1MDB yang sedang membusuk. 

Jika cerita perpaduan semalam adalah berasaskan Piagam Madinah, maka sudah perlu niat menolak kemungkaran didahulukan dan diterima semua pihak. Kabilah 1MDB yang kaya raya tidak perlu ditutup dengan tali agama. Malah, sudah menjadi kewajipan buat PAS memastikan kepimpinan yang korup dibiarkan sendirian menjaga perbendaharaan negara yang semakin merosot. 

Kalau kita lihat dan teliti ucapan Hadi, tidak ada satupun isi ucapan yang mengemukakan pandangan keperluan kerajaan perpaduan. Tak ada. Hadi hanya bercakap tentang survival PAS dan bagaimana parti tersebut perlu terus menjadi cahaya kepada gerakan Islam. 

Dengan apa yang berlaku, multaqa semalam adalah sebuah program yang gagal. Jangan percaya dengan Buletin TV3 yang kononnya mahu menggambarkan Najib sebagai ketua kabilah yang Islamik dan terbuka.

Ianya tidak semudah itu untuk menipu rakyat. Dosa kabilah Najib kerana terlalu mendokong kabilah 1MDB tidak mungkin akan pudar. – 18 Disember, 2015. - Zasyaf Ishak 

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

2 comments:

  1. Bukankah elok jika Najib melantik Hadi sebagai hulubalang menangkis segala tohmahan mengenai 1MDB dan isu RM2.6bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Nak harapkan Zahid Hamidi, hanya diperuntukkan masa 3 minit sahaja dan Zahid pun blur. Jika Hadi ditugaskan menggalas tanggungjawab itu, tentu penerangannya lebih jelas disulami dengan nas dan hadis lagi, paling-paling tidak pun tidak kurang 1 jam masa diperlukan. Jika Hadi berjaya menepis segala tohmahan itu, sesuailah Najib menggantikan Zahid dengan Hadi sebagai TPM (Tuan Penasihat Menipu).

    ReplyDelete
  2. setuju biar hadi dan harundin jawab isu 1mdb penashat 10pesen banyak tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa