Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 18, 2015

Penyamun yang menuduh orang lain menyamun atau kedua-duanya Penyamun?

FRIDAY, DECEMBER 18, 2015 
Mana ada penyamun mengaku penyamun??

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang kerjasama antara dua parti itu perlu meletakkan agama Islam sebagai kepentingan utama. 

"Kedua-dua parti perlu ikhlas bila bercakap tentang perpaduan. Kena letak kepentingan Islam mengatasi segalanya.

"Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.  "Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun.

"Kerjasama perpaduan yang ingin dibina mesti bukan berasaskan politik, kaum dan kelompok namun perpaduan kerana Islam," katanya di sini

Komen al-Husseyn :
Suatu masa dulu beriya benar Hj Hadi menolak kerjasama dengan Umno, konon mahu kekal bersama PR. 

Setelah  berjaya mengkucarkacirkan dan akhirnya meranapkan PR, kini projek UG yang sangat ditentang oleh almarhum TGNA sedang berjalan lancar dengan meletakan kepentingan Islam bagi tujuan penyatuan PAS dan Umno. 

Mungkin Mohd Amar boleh jelaskan kepada kita semua apa sudah jadi dengan projek 'Just cut it like that'? 

Umno menerusi Jamil Khir pernah menjanjikan jalan mudah untuk membantu PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.Begitu mudahnya PAS menelan umpan melalui janji manis tersebut. 


Menurut Mohd Amar Nik Abdullah , UMNO perlu membantu mempermudahkan pembentangan RUU bagi membolehkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan. 

Beliau berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang. Kah! Kah! Kah! Umno dan PAS kini sebaliknya semakin berpedakapan dengan penuh berahi! 

Najib setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya,  Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya. 

PAS sendiri berserabut dengan skendal pembalakan haram di Kelantan yang kini masih lagi dalam siasatan SPRM.

Beberapa pegawai Perhutanan Machang dan seorang pegawai pengurusan tertinggi anak syarikat kerajaan negeri ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembalakan haram di hutan Simpan Ulu Sat Machang. Baca di sini

Apakah dengan kerajaan negeri PAS yang masih terjebak dengan isu pembalakan haram melakukan kerjasama dengan Najib yang sedang bergelumang dengan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion Pak Arab gila itu tidak dilihat sebagai perpaduan penyamun?

- sumber

Juga panas yg berkaitan-Link: Misi Hassan Ali & Nasha Berjaya, Tentangan TITM & Iskandar Tidak Relevan Lagi....

3 comments:

  1. kalau bergabung hanya untuk selamatkan keadaan
    diucapkan selamat berkabung
    hendaklah umat Islam bersatu diatas tali Allah
    ada katakeramat melayu sepakat Islma berdaulat
    mana bisa gitu kalau ajaran Islam tidak mau
    diangkat sebagai cara hidup
    jangan terpedaya cakap lunak puak omno
    dah dikenali bagai anak didik lod rid

    ReplyDelete
  2. Pas tidak punyai akhlah islam sejak presiden hadi naik.......nak ajak ameno syahadah pulak tu.......sama lah nik amar dgn ameno. Peluk lah kuatw ameno tu. PR14 kita lihat hasilnya.

    ReplyDelete
  3. hari itu memeluk saddam hussein sudah sudahlah pencen je lah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa