Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 5, 2015

Rayuan warga bandar kepada warga desa

Ayuhai orang kampung, kepadamu kami merayu Ke hadapan warga desa yang jauh di mata. Tolonglah jangan disokong kerajaan BN lagi.

Apa khabar kalian di sana? 
Semoga sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga, anak cucu, dan ayam itik masing-masing hendaknya. 

Kami di bandar ini baik-baik saja. Masih teguh menghadapi hari-hari muka. Arakian maka baru saja tiba ke perkhabaran kami akan kisah kenaikan harga tol dan tambang pengangkutan awam. 

Ini bakal berlaku sedikit masa saja lagi, bahkan ada yang sudah pun berlaku.

Kenaikannya pula bukan sedikit, malah ada yang mencecah dua tiga kali ganda.

Tambang kami berulang alik pergi kerja semakin mahal. Tak kiralah naik kenderaan apa pun, duit tetap kena keluar untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja. Minyak harganya tidak menentu, tambang bas dan kereta api mahal mengejut. 

Lebuh raya yang sepatutnya menjimatkan masa menjadi penjara berjam-jam lamanya. Harga tolnya pula semakin meninggi.

Ini menyesakkan rongga dada kerana meski kos sara diri semuanya naik belaka, gaji kami sama sahaja. Gaji menteri dan orang politik boleh pula naik menggila. 

Kami tak hairan kerana mereka sendiri yang luluskan kenaikan gaji mereka. Ada waktunya kami tidak makan tengah hari. Kalau makan pun sedikit sekali. Ya lah, antara makan dan pengangkutan ke tempat kerja, mestilah kos ke tempat kerja diutamakan. 

Bak kata orang Jawa, ‘ora cucul, ora ngebul’. Tak kerja, tak makan. Ironinya begitu tebal sekali. 

Harga barang di bandar juga mahal-mahal belaka. Itu belum dikira soal kain baju dan belanja keluarga.

Cuba kalau ada anak 3. Seorang ke sekolah menengah, lain belanjanya. Yang tengah di sekolah rendah, juga lain belanjanya. Anak yang kecil perlu dibayar pengasuhnya, duit juga. Belum dicampur serakah siisteri mahu borong tudung Fareeda. 

Belum dikira kalau yang menjadi ketua keluarga itu, ibu tunggal pula. 

Kerajaan tidak pedulikan kami. Rintihan kami ini kerajaan tidak peduli. 

Mudahnya kerana kami ini warga minoriti. Nilai undi kami di sini, bagai sebutir pasir di kaki para menteri. 

Kalau naik harga barang, tol, air dan api dan kami melalak sampai pagi, hampir pasti suara kami langsung tidak didengari. Kerajaannya naik takhta dan kekal merajalela bukan kerana undi kami di ibu kota. Bahkan sebenarnya yang menentukan mereka berkuasa ialah undi kalian di kampung dan desa. 

Justeru kami di bandar ingin merayu bantuan kalian. 

Kami kian terdesak dan tiada tempat lagi untuk kami mengadu nasib. Tiada lagi rasa segan dan malu. Ayuhai orang kampung, kepadamu kami mengadu.

- MQ Wan Amrie Murshidi via WhatsAPP

2 comments:

  1. Kalau totok umno payah...pasal otak da bengap...hati da gelap...

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan kata-kata Anon 1:38 PM. Namun saya tidak akan merayu kepada mereka. Saya yakin mereka akan merasa juga kepahitan hidup satu hari nanti dan pada masa itu sendiri mahu ingatlah. Ingatlah kampung dan luar bandar bukan lagi memonopoli pengeluaran bahan makanan. Kepahitan hidup akan menghantui semua orang!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa