N Faizal Ghazali -
Adun Salor, Datuk Husam Musa, menggesa pemimpin kerajaan khususnya lelaki yang
menyerang MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya mempamerkan sifat kelelakian mereka.
Sambil merakamkan simpati kepada Nurul Izzah, Husam berkata, serangan berkaitan dakwaan mempunyai hubungan dengan anak pemimpin raja Sulu itu adalah perkara yang dibuat-buat.
"Ia perkara yang sengaja direka untuk menyerang untuk menyusahkan pembangkang, termasuk Nurul Izzah.
"Jadi saya minta, golongan lelaki yang menyerang (Nurul Izzah) itu mempamerkan sifat kelelakian.
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah," katanya kepada media selepas majlis penyampaiakn Kunci Rumah Sumbangan yayasan Darul hijrah, di kampung Manjor, Kuala Krai, semalam.
Nurul Izzah menjadi sasaran kritikan BN apabila gambanya bertemu dengan anak pemimpin Sulu, Jacel Kiram, tersebar dalam Facebook.
Gambar itu bertarikh 9 November.
Kata Husam, Nurul Izzah tetap diserang dengan sengit walaupun perkara itu bukanlah isu yang substantif.
"Katakan (misalnya) yang jumpa dengan anak bekas pemimpin Sulu itu adalah anak Datuk Seri Najib Razak, saya yakin dia tidak akan dilakukan seperti Nurul Izzah.
"Isu negara yang lebih besar adalah 1MDB, bagaimana negara diuruskan tetapi tidak menjadi satu kesalahan. (Mengapa) yang jadi salah adalah jumpa orang?
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah.
"Kalau berani mereka patut perbetulkan Najib, bukan Nurul Izzah," jelasnya.
Demo hebat Huse!!
ReplyDeleteHok lain dale PAS tak bersuaro krn nak jago hati mr presideng yang tengah duk ngorat Najib!!
Husam ni jantan sejati..hentam depan2 tanpa sembunyi..
ReplyDeleteHidup husam.
.ada seratus husam kat msia,insha Allah barokah
Pemimpin-pemimpin lelaki UMNO khususnya, mereka bukannya jenis gentleman tetapi spesis gentelwomen, contohnya Najib, Rahim TC, Rais dan ramai lagi. Oh ya,jangan dilupa Bung itu pun sama saja. Pemimpin UMNO yang perempuannya pula jenis gentelmen, ha ha ha.....
ReplyDelete