Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

SPRM menemui penderma RM2.6b: Apakah persepsinya pula?

Sebelum ini SPRM sahkan yang wang derma bukan dikategorikan rasuah
link: 'SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah' - Najib
Sama dengan apa yang berlaku pada Musa Aman sebelum ini

Tapi kenapa pula SPRM hantar pegawainya sehingga ke timur tengah menemui penderma itu

SPRM sudah bertemu penderma RM2.6 bilion, enggan dedahkan identiti
TMI - Published: 7 December 2015 5:35 PM
SPRM sudah menghantar pegawai ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menghantar pegawainya ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor portal BH Online. 
Menurut portal milik akhbar Berita Harian itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan. 
"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan.
"Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya di Kota Baru, Kelantan, seperti dilaporkan BH Online.
Azam juga berkata kebocoran maklumat di media sosial mengenai pegawainya yang pergi ke Timur Tengah akan disiasat.
Najib berkali-kali dikritik berhubung sumbangan itu, sebahagian besar daripadanya dimasukkan ke dalam akaun beliau tidak lama sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan pada Mei 2013.
Minggu lepas, perdana menteri sepatutnya menjawab soalan tentang wang itu di Dewan Rakyat tetapi beliau tidak hadir dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat penjelasan bagi pihaknya.
Zahid memberitahu Parlimen, identiti penderma itu sudah dikenal pasti dan mengesahkan wang itu tidak datang dari syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Ahad, SPRM dilaporkan sudah mengambil keterangan Najib berhubung isu berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, serta sumbangan RM2.6 bilion itu.
SPRM juga dilaporkan turut merakamkan kenyataan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho dan pengarah SRC International Datuk Suboh Mohd Yassin sebelum ini. – 7 Disember, 2015.

2 comments:

  1. Semua baca SKRIP saja

    Bebudak ini hujung tahun dapat jalan jalan habis budget tahunan itu biasa lah

    Semua makan gaji saja kan , tak kan nak lurus bendol sampai tak ada kerja pulak nanti

    Mana ada orang kaya bilyon bilyon nak layan muka muka cakap Arab dah tak tahu , cakap Inggeris pon gagap gagap macam budak bahalol

    Kan Melayu Melayu semua tu pun

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau tu pandai lah....

    Biasa lah nih!!!

    ReplyDelete
  2. sapa nk percaya yg itu adalah derma.terpulang la kan.
    mahadhir baru je cakap semalam.org arab yg gila pun tak akan menderma sebanyak itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa