Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

Patutkah Muhyiddin bengang sekiranya dicela oleh yang tiada maruah?

Di manakah maruahnya bila rela diinjak dan ditipu dan membela pula manusia yang melakukan itu?
Macam mana nak percaya bila penjelasannya tiada?
Tapi bagi manusia-manusia pengampu, mereka akan mengiyakan saja!

Muhyiddin: Saya mungkin jadi bahan celaan di PAU
Anne Muhammad  - 

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin merasakan bahawa beliau mungkin akan menjadi bahan celaan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU).
Katanya, beliau yakin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menegur Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak, tetapi sebaliknya hanya mahukan perkara yang sebenar dijelaskan.
"Saya mungkin akan jadi bahan celaan di perhimpunan akan datang. Saya yakin, saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya lakukan atas dasar prinsip dan agama," katanya sewaktu berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur malam tadi.
"Biar saya berterus terang, siapa yang menjadi barah dan nanah harus ditolak," ujarnya.
Bagaimanapun Muhyiddin sedar bahawa ucapannya itu akan menyebabkan beliau dipecat dari parti Melayu itu.
"Saya sedar saya mungkin disingkirkan dari parti," kata ahli Parlimen Pagoh itu sambil menegaskan bahawa beliau tidak boleh memilih untuk terus berdiam diri.
"Mungkin saya boleh terima tawaran-tawaran lumayan dari perdana menteri. Tetapi bagi saya prinsip perjuangan parti lebih penting, bukannya untuk kepentingan diri masing-masing. Ia sesuatu yang tidak boleh dijual beli," katanya.
Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 orang hadir mendengar ucapan Muhyiddin.
Hadir sama, mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa