Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 11, 2015

Veteran UMNO minta Ahli sama berjuang undurkan Najib?

'Sama berjuang, umur kami sudah di masa pinjaman'
Alyaa Alhadjri - 

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata orang ramai tidak boleh bergantung harap semata-mata kepada individu seperti beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin perubahan.
Sanusi berkata, mereka kini pun bergantung harap kepada sedikit masa yang “dipinjamkan”.
Katanya, jika berlaku keadaan itu, perjuangan akan tamat dengan pemergian seseorang individu.
Beliau berkata demikian dalam sebuah sesi dialog dengan Mahathir di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, Sanusi berikrar akan membantu apa jua yang boleh, termasuk menyebarkan maklumat berhubung dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Sanusi dilihat antara orang Mahathir yang setia menyokong asakan perdana menteri keempat itu supaya Najib berundur daripada jawatan presiden Umno dan perdana menteri.
Sanusi juga mengingatkan bahawa umur beliau sudah 72 tahun dan Mahathir pula sudah masuk 90 tahun pada tahun ini.
Beliau berkata mereka sudah bersama Umno sejak awal dan oleh itu kasih sayang mereka kepada parti tidak boleh dipertikai lagi.
Beliau sebelum ini baru sahaja dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) dan masih mengalami masalah berjalan.
Sanusi bagaimanapun terus ke perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa