Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 11, 2015

RM2.6b: Bohong dah jadi makanan ruji?

Sumber: SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemu dengan seorang individu dari Timur Tengah berkaitan 'derma politik' RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata satu sumber.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sumber yang biasa dengan penyiasatan itu, berkata hanya terdapat seorang penderma tunggal.
"Kami hanya bertemu satu orang. Bila, di mana, dan yang, bagaimanapun, tidak boleh didedahkan," katanya kepada Malaysiakini.
Ini nampak bercanggah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa lebih daripada seorang yang telah menyumbang jumlah derma yang besar itu.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Ogos dan 5 Ogos, SPRM berkata ia telah mendapat maklumat dari "penderma" itu dan disahkan, berdasarkan dokumen yang diperolehi, bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan wang itu bukan dari 1MDB.
Minggu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Azam Baki memberitahu media bahawa penyiasat telah bertemu dengan "penderma" tersebut.
Bagaimanapun, dalam satu temubual eksklusif dengan TV3, New Straits Timesdan Utusan Malaysia awal minggu ini, Najib berkata beliau menerima sejumlah wang daripada "penderma-penderma".
Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau penyelewengan, dan ini telah dijelaskan di Parlimen oleh timbalan perdana menteri itu.
Penderma-penderma itu, katanya, telah disahkan dan ditemui SPRM dan suruhanjaya itu juga mengambil keterangan mereka.
Dalam satu lagi temu bual eksklusif di The Star yang diterbitkan hari ini, perdana menteri sekali lagi menyebut lebih daripada seorang penderma.

2 comments:

  1. After checking out a handful of the blog articles on your site, I
    truly appreciate your way of blogging. I saved as a favorite it to my
    bookmark site list and will be checking back soon. Please
    visit my web site too and let me know your opinion.
    Also see my web page - creation site maroc

    ReplyDelete
  2. I like the helpful information you provide in your articles.
    I'll bookmark your weblog and check again here frequently.
    I am quite sure I will learn lots of new stuff right here!

    Good luck for the next!

    Here is my blog ... 21 day fix

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa