JIKA AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR, TIADA ALASAN HADI BERBAIK DENGAN NAJIB
Selepas didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Hadi Awang dengan pantas mengesahkan mengenai pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan kira-kira tiga bulan yang lalu.
Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas itu ialah khusus untuk memberi penjelasan mengenai salah laku Najib Razak selama ini.
Namun, di sebalik Presiden Pas itu, menurut Tun Mahathir, mengakui ada kebenaran tertentu dalam penjelasan yang diberikan, beliau menolak pelawaan untuk turut serta dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.
Penolakan itu, kata Hadi adalah disebabkan Pas tidak menentang individu atau orang, tetapi menentang dasar atau konsep.
Sekiranya orang diubah, tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga, kata Hadi dipetik sebagai berkata.
Bolehkah diterima hujah Hadi bahawa penolakannya untuk bekerjasama menjatuhkan Najib ialah semata-mata kerana Pas berjuang untuk menolak dasar dan konsep, bukan menentang individu?
Apa dasar dan konsep UMNO dan BN yang ditentang dengan serius oleh Hadi Awang selama Najib menjadi Perdana Menteri?
Apakah sikap berbaik-baik dengan Najib boleh ditafsirkan bahawa Pas benar-benar berjuang menentang dasar dan konsep?
Bolehkah perjuangan menentang dasar dan konsep diteruskan dengan jujur jika sudah berbaik-baik dengan individu?
Tidakkah apabila Hadi Awang menolak pelawaan untuk menjatuhkan Najib itu bermakna secara tersiratnya beliau ingin terus menyokong Perdana Menteri?
Dalam pada itu, seriuskah Pas berjuang menentang dasar dan konsep UMNO dan BN dengan kedudukannya yang berseorangan sekarang ini?
Sesiapa pun jika ditanya persoalan-persoalan tersebut pasti geleng kepala dengan jawapan yang diberikan Hadi Awang itu.
Jawapan Hadi Awang itu tidak lebih sebagai alasan untuk menghalalkan keinginan untuk terus berbaik-baik dan saling bahu membahu dengan Najib. Apa untungnya hanya mereka berdua yang tahu.
Jika Hadi Awang dan Pas benar-benar berpegang kepada perjuangan amar makruf, nahi mungkar yang dikompangkannya selama ini, tiada alasan sama sekali sebenarnya untuk beliau berbaik-baik dan bersetuju dengan individu bernama Najib yang bukan saja sarat dengan skandal kewangan yang tidak dinafikan, melakukan pembaziran, kemewahan, menyusahkan rakyat melalui GST dan penarikan subsidi, bahkan juga melakukan kacau-ganggu kepada institusi awam semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.
Apakah semua keburukan yang dilakukan Najib ini masih tidak memadai untuk menolak dan menjatuhkannya?
Menolak untuk bersama-sama menjatuhkan Najib, bermakna Pas secara tidak langsung menolak untuk melakukan kebaikan dan mengelak daripada mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa.
Tidakkah Hadi sedar usaha menjatuhkan Najib yang dipelopori oleh Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat dan disokong oleh Pakatan Harapan bukan saja untuk menukar individu, tetapi juga melakukan reformasi institusi?
Sebaliknya berbaik dan bersama Najib, apa konsep dan dasar pemerintahan sekarang yang mampu diubah oleh Hadi Awang?
Lebih buruk lagi kerana harapan Hadi Awang yang kononnya untuk terus berjuang menentang konsep dan dasar itu tidak mungkin menjadi kenyataan atau sekadar angan-angan saja bersandarkan kedudukannya yang semakin mengecil disebabkan bersendirian sekarang ini.
Yang jelas, enggan bersama menjatuhkan Najib tidak ubah seperti menukar amar makruf, nahi mungkar menjadi amar mungkar, nahi makruf. (SH 14/06/2016).
# nak tanya: Bilakah waktunya PAS nak runtuhkan sistem UMNO setelah berbaik dan menyokong UMNO?
Jangan pula Hadi jawab: Kita tidak bermusuh dengan UMNO, kita hanya tidak bersetuju dengan sistem yang dibawanya!
*.......Hahaa....dok ker bengong namanya tu?

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa