Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 7, 2016

Ini stail kempen di Sabah kot?

Tindakan menteri mengugut pengundi Sungai Besar dikecam
 | MALAYSIA DATELINE
Nancy ugut pengundi Sungai BesarNancy ugut pengundi Sungai BesarMenteri  di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri didakwa mengugut pengundi Sungai Besar apabila berkata, mereka perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.
Sebaliknya, kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.
"Kalau Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai kerana bukan sesama parti dalam kerajaan.
"Biasanya kalau sesama parti dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak," kata Nancy.
Kenyataan Nancy ini dikesali oleh blogger dan juga Pakatan Harapan.
"Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?
"Sejak bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada kerajaan?
"Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?
"Ini baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup, yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga ke telinga dan pelbagai cara lainnya," tulis blogger Shahbuddin Husin dalam blognya hari ini.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan  Nancy itu yang didakwa mengugut pengundi di Sungai Besar agar memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan Nancy sebagai terdesak dan memalukan.
“Adakah mereka sudah begitu tertekan sehingga tidak ada cara lain selain mengugut pengundi di Sungai Besar.
“Saya rasa itu amat memalukan jika Nancy mengeluarkan kenyataan sedemikian mengugut rakyat,” katanya dalam sidang media di Sungai Besar hari ini.
Ujarnya, BN harus menghormati pilihan rakyat dan sesiapa yang dipilih kelak haruslah diberi layanan setara.
“Sebenarnya siapa sahaja yang dipilih rakyat perlu dihormati dan diterima oleh kerajaan BN dan tindakan mengugut sebegitu rupa amat memalukan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa