Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 12, 2016

Tahu pulak mereka menilai orang lain khianat dan erti setia kawan?

Akhbar Pas dakwa MB khianat, mahu tahaluf dengan PKR dikaji semula
11 Jun 2016 | ARIF ATAN
Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar ketika mengiringi calon Amanah. Gambar Malaysiakini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali disifatkan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah sebagai mengkhianati persefahaman dengan Pas apabila bertindak mengiringi calon Amanah di pusat penamaan calon Sungai Besar 5 Jun lalu.

Menerusi ruangan Komen Editor keluaran Edisi Jumaat, 10-12 Jun itu, Azmin yang juga Naib Presiden PKR itu dianggap tanpa segan silu mengiringi calon Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Ustaz Azhar Ab Shukur.

Memanggil Amanah sebagai Pan, editor Harakah menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Azmin itu dan mempersoal sejauhmana hubungan PKR bersama-sama Pas.

"Lebih mengecewakan, PKR yang sebelum ini bertahaluf dengan Pas juga mengikut rentak sama dengan mengiringi calon Pan (Amanah) di Sungai Besar.

"Apakah ini politik setia kawan?" soalnya. Mengulas pertembungan Pas dengan Amanah pada PRK serentak, 18 Jun ini, editor Harakah menyifatkan parti diterajui Mohamad Sabu itu sebagai 'parti serpihan Pas yang dibentuk mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61 sebelum ini'.

Harakah turut menganggap Amanah sebagai 'alat' dalam PRK termasuk di Kuala Kangsar kerana kononnya memberi kemenangan mudah kepada BN.

Tidak cukup dengan itu, editor Harakah mendakwa Amanah menjadi "kuda tunggangan kepada PH (Pakatan Harapan) yang dikepalai DAP" - satu ungkapan yang kerap digunakan akhbar dan TV pro Umno-BN sebelum ini.

"Mereka (Amanah) menuduh Pas mahu bergabung dengan Umno dan menyelamatkan Umno, sedangkan apa yang mereka lakukan hari ini di dua PRK ini jelas sekali bermatlamat menyelamatkan Umno-BN," dipetik daripada Komen Editor Harakah itu lagi.

Sementara itu, di halaman akhir Harakah pula memuatkan berita bertajuk, "Pan lawan siapa sebenarnya?" yang memetik kenyataan Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Syed Ahmad Fadhli

# Tidak adilkah bila pengkhianat dikhianati?

Bukankah rakyat mengundi mereka kerana mereka melawan UMNO/BN semasa sama-sama dalam Pakatan Rakyat?
Tapi sekarang bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa