PAS mahu dekati, fahami Umno
mk Hari ini, 3:25 petang
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu cuba memahami Umno dalam usaha mendekati parti Melayu itu.
Kata beliau usaha berkenaan dijalankan atas dasar "kepentingan Islam".
Menurut anggota parlimen Pasir Mas itu, PAS mahu meyakinkan Umno bahawa persefahaman atas dasar Islam perlu khusunya melalui rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa PAS bagi meminda Akta 355.
Nik Abduh berkata selain Umno PAS juga cuba memahami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
“PAS cuba faham elok-elok Umno, NGO, kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu.
"Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno untuk fahamkan mereka - bukan hanya rakyat - bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin, ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama.
"Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka? Kalau mereka terima, alhamdulillah, itu baik,” katanya dilapor Sinar Harian, hari ini.
Nak maju kena bersatu
Menurut Nik Abduh lagi, PAS bukan sahaja berniat, malah berazam untuk bersatu dengan Umno.
Katanya ia kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah bagi menyatukan umat "di atas jalan yang betul", selain aspek penyatuan parti politik.
“Memang PAS ditubuhkan untuk menyatukan ummah. Bukan hanya niat, dia (ada) niat, azam, ada belaka," katanya.
Pada masa sama dalam temu bual itu juga Nik Abduh menyentuh tentang kerjasama PAS dengan parti pembangkang lain.
"Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.
“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja.
"Tapi saat ini kita berpecah (dengan parti pembangkang lain). Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu (perpaduan) kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” katanya.
Bagaimanapun tambah Nik Mohamad Abduh, penyatuan Umno dan PAS bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
# Memang PAS dah habis alasan wajar!

Memang bodoh bdk ni... satu masa dulu tengku mizan,pak lah dan TGNA ada perjumpaan hendak menyatukan umno dan pas. Pak lah sedar masa tu umno bertambah lemah.dr kesah belakang tabir tu. TGNA menunjukkan riaksi tidak menyeronokkan dan tidak senang perjumpaan tu.. akhirnya TGNA mintak diri dgn alasan tidak sehat. Sbb tengku mizan dan paklah terlalu menghormati TGNA perjumpaan tu noktah begitu sahaja.itu yang nik abduh sebok kalau TGNA ada pasti gembira penyatuan umno dan pas.masa TGNA hidup lagi 2.6 belion tidak panas lagi.kalau umno gunakan agong utk penyatuan tu..masih tak terlaksana.. inikan pula lebai2 ni guna airliur.. mimpi je parti pas ni. Suruh tuang presiden tu tarik AMANAH HADI. baru tahu riaksi rakyat malaysia..terima ke tidak penyatuan tu.
ReplyDeleteDia ingat umno ni bodoh sangat ka pasai agama...
ReplyDeleteNi yg dikatakan budak mentah yg lagak nak ngajar org tua yg berpengalaman
bodoh lagi org yg percaya berita dr media bulat2 kah3
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pascawangan.mesirahilir/videos/pcb.529121693938644/529121467272000/?type=3&theater