Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 15, 2017

Boleh menagis wala'un kalau memahami ini......

Angka jadi bukti kenapa PAS boleh dilupakan
Abdul Hamid Yeop Zainuddin    Hari ini, 12:27 tengahari
ULASAN Saya ingin menjawab tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.

Sepintas lalu, jika benar takkanlah negara-negara Islam Arab idola PAS hendak meminjam Mahathir sebagai perdana menteri mereka!

Namun saya kira ini hanyalah satu lagi sandiwara PAS bagi menghadapi pilihan raya.

Terdapat 88 kawasan parlimen di semenanjung yang majoriti pemilih Melayu melebihi 60 peratus, yang dikatakan sebagai kawasan pasti menang jika mendapat sokongan Melayu.

Di Kelantan ada 14 kerusi, Terengganu 8 kerusi, Kedah tiada (0) dan Perak 11 kerusi.

Jika majoriti orang Melayu Islam menyokong mengundi PAS, sudah tentulah parti itu mendapat sekurang-kurangnya 88 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13.

Tetapi PAS hanya menang 18 kerusi sahaja daripada 222 parlimen.

Pengakuan Hadi bahawa PAS hendak bertanding di 40 kerusi sahaja jelas membayangkan bukan untuk memerintah.

Hadi harus ingat apa yang berlaku di Putrajaya dalam pilihan raya umum lalu. Parlimen itu
mempunyai 6,608 pengundi sahaja semasa pilihan raya umum ke-12 dan meningkat kepada 15,791 pada PRU13.

Umum tahu bahawa PRU13 bukan di zaman Mahathir. Pertambahan 8,183 pengundi itu tidak ada kaitan dengan Mahathir.

Janganlah Hadi menyalahkan Mahathir kerana PAS (Datuk Husam Musa) kalah di Putrajaya pada PRU13.

Memang ketika itu PAS 'berlagak dan cakap besar' seolah-olah Putrajaya telah berada dalam tangan selepas culaan mendapati lebih 4,000 pengundi memberi komitmen untuk mengundi parti itu.

Empat ribu dari 6,000 memanglah telah majoriti, tetapi maklumat yang PAS tidak ada ialah jumlah pengundi adalah hampir 16,000 orang. PAS kalah sebab ego.

PAS juga meletakkan kesalahan kepada DAP sebagai punca perpecahan pembangkang. Ya, memang berpunca daripada DAP tetapi bukanlah atas sebab yang digembar-gemburkan oleh Hadi.

Punca sebenarnya adalah faktor hasad dengki kerana prestasi indeks prestasi utama (KPI) PRU13 PAS hanyalah 33.87 peratus, sedangkan KPI DAP adalah 85.71 peratus – yang paling tinggi, malah jauh melebihi KPI Umno/BN sebanyak 56.34 peratus.

Jika dilihat kepada faktor pertandingan dua, tiga atau empat penjuru, boleh dikatakan tidak ada perbezaan bagi PAS, sekitar 33 peratus.

Berbeza dengan DAP, pertembungan melibatkan lebih dari dua calon, malah sehingga empat penjuru, memberikan peratus kemenangan dari 77 hingga 90 peratus.

Ini membuka hipotesis bahawa pengundi PAS adalah komuniti tertutup dan telah tetap. Dan PAS boleh menjadi faktor pemecah undi Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

Itu menjadi alasan utama bagi PAS untuk bersekongkol dengan Umno/BN bagi mengalahkan Pakatan Harapan demi kesinambungan kedua-dua parti.

Ramai tahu, PAS tidak akan boleh hidup dalam HARAPAN kerana ideologi yang dibawanya. Lihatlah di Pulau Pinang dan Selangor.

Namun HARAPAN tidak perlu risau jika ditikam belakang oleh PAS. Jumlah semua undi yang diterima (DUN dan parlimen) bagi BN ialah 5,591,807, bukan BN (6,784,671), DAP (2,970,050), PAS (1,912,557), PKR (1,896,784) dan STAR (5,350).

Jika berdasarkan 33 peratus kemenangan PAS, hanya 631,143 sahaja undi tetap PAS, hanya 5 peratus sahaja daripada 12,376,478 undi.

Jumlah 5 peratus undi tetap PAS bukanlah faktor penentu kemenangan HARAPAN sebagaimana dakwaan PAS.

HARAPAN boleh melupakan terus PAS dan menumpukan usaha kepada perancangan strategik mereka.

Bagi 14 kawasan majoriti Cina yang ditandingi PAS, hanya dua calon sahaya yang berjaya, iaitu Iskandar Abd Samad (Chempaka) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa).

Rasanya tidak perlulah DAP hendak berlembut menagih kerjasama PAS.

* ABDUL HAMID YEOP ZAINUDDIN seorang penganalisis bebas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa