Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, February 20, 2017

Kenapa hanya di Johor, di negeri lain tak ada aktiviti beginikah?

KDN cadang larangan keluar malam terhadap remaja bawah umur di Johor 
Shahrul HassanAstro Awani |  Februari 19, 2017 17:13 MYT
KDN cadang larangan keluar malam terhadap remaja bawah umur di Johor
Cadangan tersebut sebagai langkah mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti rempuhan maut yang meragut lapan nyawa remaja yang berbasikal di sini awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan kerajaan negeri Johor mengeluarkan arahan perintah larangan keluar malam bagi remaja bawah umur di lokasi tertentu dan berisiko.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat larangan keluar malam di lokasi yang berisiko terutama di kawasan bandaraya dan jalan-jalan utama yang merbahaya.

"Masalah sekarang ini polis mempunyai kuasa yang terhad terhadap mereka yang bawah umur jadi kalau kerajaan negeri sendiri mengambil satu ketetapan bahawa ia bukan perintah berkurung, tetapi melarang mereka berkeliaran pada waktu malam tambah lagi kawasan jalan raya utama yang merbahaya," kata Nur Jazlan dalam sidang media di sini, hari ini.
BACA: 'Berbasikal di tengah malam bukan perkara baru, harap jadikan pengajaran'

BACA: Pemandu terlibat tragedi berbasikal tidak guna telefon bimbit - Polis

BACA: Sesetengah pihak sifatkan aksi remaja berbasikal 'sengaja menempah maut'

Cadangan tersebut sebagai langkah mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti rempuhan maut yang meragut lapan nyawa remaja yang berbasikal di sini awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa