Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 21, 2017

Hahaa.......rupanya Husam tok lari, Husam 'mari'!

Ceramah mega Pas 'Husam lari' kecoh apabila 'Husam mari'
21 Februari 2017 | BORHAN AHMAD
Husam naik di atas pentas ceramah mega Pas bertajuk 'Husam lari dari debat baiah' . Duduk di depan adalah penceramah utama, Nasruddin Daud.

Ceramah mega anjuran Pas Kelantan yang bertajuk "Husam lari dari debat baiah" malam tadi kecoh apabila penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa itu 'mari' ke majlis yang membicarakan tentang beliau itu.

Husam yang turut naik ke pentas itu bagaimana tidak diberikan sebarang peluang untuk berucap walaupun beliau tunggu sehingga penceramah utamanya, Datuk Nasruddin Daud berucap.

Peristiwa itu disaksikan ribuan penonton di perkarangan stadium itu dan juga melalui siaran secara langsung yang disiarkan facebook. Ini kerana, kedua-dua pihak membuat siaran langsungnya melalui facebook masing-masing.
Ceramah Mega Husam lari yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.Ceramah Mega Husam lari yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.Husam ketika mengulas peristiwa itu berkata, ingatkan malam tadi debat bai'ah akan berlangsung
"Malang! Bukan Husam Lari. Husam mari," tulis beliau dalam satu kenyataan ringkasnya.
Namun, katanya, majlis ini hanya menjadi majlis mempamirkan pimpinan kerajaan Kelantan yang tidak gentleman.
"Jangkaan saya akan diberi berucap sepatah dua - meleset," kata Husam.
Husam menegaskan, "Untuk makluman YB Meranti (Nasruddin) - saya masih bersedia berdebat bila-bila masa dengan beliau.
"InsyaAllah saya tidak akan lari. Saya mari," kata Husam.
Ketika Nasruddin berucap malam tadi, wakil beliau yang juga ketua pemuda Amanah Kelantan, Jeming @ Hazmi Hassan meminta kepada pengerusi majlis agar membenarkan Husam bercakap.
Namun, pengerusi majlis yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, Nasruddin tidak membenarkannya.
Husam dikatakan sampai ke majlis itu kira-kira jam 11 malam dan duduk bersama penonton. Namun Wan Ismail Wan Jusoh yang sedang berucap ketika itu menjemput Husam naik ke atas pentas.
Beliau naik ke atas pentas dan mendengar ucapan termasuk yang diberikan oleh Nasaruddin Daud. Apabila majlis kecoh kerana provokasi seorang penonton yang menuntut debat diadakan di situ juga, Husam diminta beredar dari situ. 
Husam telah menjadi sasaran Pas sehingga menjadikan beliau sebagai tajuk ceramah mega yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu itu.
Pemuda Pas juga menganjurkan laporan polis ke seluruh negara ekoran kenyataan Husam sebuah bank tempatan, Affin Bank telah digunakan untuk menyalurkan wang kepada Pas oleh Umno.
Nasaruddin dalam video yang disiarkan Sinar TV berkata, cukup sekadar nafi sahaja.Nasaruddin dalam video yang disiarkan Sinar TV berkata, cukup sekadar nafi sahaja.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus berkata, Pas akan saman Husam ekoran dakwaan itu.
Namun ketua penerangan Pas, Nasruddin Hassan pula berkata, cukup nafi sahaja tidak perlu buktikan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi pula berkata, Husam membuat dakwaan itu sebab takut menyertai pilihan raya kerana takut kalah tanpa mengesahkan Pas akan saman atau tidak.
Ekoran itu, Husam berkata, Hadi hanya perlu nyatakan hendak saman atau tidak bukannya bercakap berbelit-belit.
Jangan berselindung di balik jubah
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi yang lebih dikenali Ustaz Jaa mendapat serangan bertubi-tubi apabila bercakap berbelit-belit dalam isu kedatangan Husam ke majlis itu.
Ustaz Ja diminta jangan berselindung di sebalik jubah.Ustaz Ja diminta jangan berselindung di sebalik jubah.Sebelum ceramah itu, Ustaz Jaa menulis, Husam dijemput ke majlis ceramah malam tadi namun selepas Husam hadir, beliau dituduh mengacau majlis orang pula.
"Pesan ko Datuk Husam, dia juga dijemput hadir" namun tulisan beliau berubah kepada "Jangan ganggu majlis ore" pula selepas itu.
Ekoran itu, serangan bertalu-talu datang kepada ustaz muda yang kini Ketua Pemuda Pas Kota Bharu itu.
Hazmi Hassan, ketua pemuda Amanah Kelantan berkata, "Nasihat saya kepada Nor Azariza Mohd Alawi. Berani buat berani tanggung. Jangan berselindung di sebalik jubah."
Beliau meminta Ustaz Ja bertanggunjawab dan jangan banyak pusing-pusing.
"Jujur dengan apa yang kita ucap dan berani bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Mata-mata sedang melihat dan menilai. Apakah anta seorang Ustaz atau penjahil," tulis Hazmi mengutuk Ustaz Ja.
Ustaz Ja dalam posting terbaru selepas Husam datang ke ceramah itu mencadangkan Husam menganjurkan ceramah sendiri.
"Nasihat saya...Datuk Husam buat ceramah tajuk : Nasaruddin Daud berdalih debat baiah. Lepas tu berucap lah panje mano pun... tok ser berhenti pun tak apa.. nok tengok berapa ore hak mari...
"In Shaa Allah Ambon tok gi dengar Dato ceramah ..Sekian. Jangan ganggu majlis ore." tulis beliau yang sebelum program berlangsung berkata, Husam turut dijemput.

2 comments:

  1. Buruk betul perangai lebai2 PAS ni. Dah tak ada modal. Buat ceramah yg tak ada faedah. Tak mampu nak jawab dgn fakta, serang peribadi orang..

    ReplyDelete
  2. Sebijik perangai Umno..... cakap berbelit belit....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa