Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 15, 2017

Betul ke ni.........mayat 2 suspek wanita bunuh Kim Jong Nam telah dijumpai?

MAYAT DUA SUSPEK BUNUH KIM JONG-NAM TELAH DIJUMPAI
KUALA LUMPUR: Mayat dua wanita yang disyaki pembunuh abang tiri kepada diktator Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam, dikatakan dilaporkan telah dijumpai, menurut pembaca berita ABC News Korea Selatan, Joohee Cho.

Dalam satu kiriman tweet yang dihantar pada sekitar pukul 1.30 petang tadi, Joohee telah menyatakan bahawa tubuh dua orang wanita yang belum dikenalpasti identiti mereka itu telah dijumpai oleh polis Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan ini masih belum disahkan oleh mana-mana media arus perdana mahupun pihak berkuasa.

Semalam, berita pembunuhan Jong-nam dengan cara semburan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Jong-nam yang hidup dalam buangan merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-il.

Jong-Nam menyembunyikan diri di negara ini selepas pakciknya, Jang Song-Thaek dibunuh Jong-Un pada tahun 2014.

Mendiang sebelum ini terselamat daripada cubaan membunuh di Macau pada tahun 2011.

Jong-Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-Rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow. – sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa