Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 18, 2017

Takkah ini kerja sia-sia?

Rundingan bersama PAS dan PPBM berterusan 
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  Februari 17, 2017 21:44 MYT
Rundingan bersama PAS dan PPBM berterusan
Tuan Ibrahim (dua, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak - Foto Astro AWANI/ASYRAF HASNAN
GOMBAK: Jawatankuasa Perundingan PAS akan meneruskan perundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa tersebut hanya diberi mandat untuk mengadakan perundingan dan bukan menetapkan keputusan.

Tegasnya, Jawatankuasa Perundingan PAS masih belum dimaklumkan berhubung keputusan muktamad Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menjalin kerjasama dengan PPBM.

"Kita akan teliti. Sehingga setakat ini saya tidak mendapat untuk bubar jawatankuasa perunding. Bagi saya kita teruskan dan saya akan teliti balik kenyataan dan keputusan oleh Tuan Guru Presiden.

"Saya difahamkan jawatankuasa perunding akan terus berunding dan meneliti beberapa isu-isu yang berbangkit di antara PAS dan PPBM," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sini hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi yang dimaklumkan akan hadir mesyuarat tersebut, tidak hadir hingga mesyuarat lebih tiga jam itu selesai.

Malah beliau turut menegaskan, rundingan itu akan diteruskan sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.

"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (PAS) akan teruskan perundingan dengan PPBM dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.

"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun adanya rundingan dengan PPBM namun keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.

Mengulas kerjasama PAS dan PKR di Selangor, Tuan Ibrahim berkata kerjasama pentadbiran itu akan diteruskan seperti mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Keputusan tidak bekerjasama dengan PPBM adalah muktamad - PAS
Februari 17, 2017 15:11 MYT
Keputusan tidak bekerjasama dengan PPBM adalah muktamad - PAS
Keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.

"Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Abdul Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Sementara itu, mengulas tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Abdul Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.

"Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti," katanya.
Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.

1 comment:

  1. Nie lah padah bile serupa menyalak babi..tp entah bukit mana..biol jadinyer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa